Chaya Mahu Menang Di DUN Baharu Kukusan, Tekad Bawa Pembangunan

  TAWAU, 14 Sept. – Calon tunggal Wanita UMNO, Chaya Sulaiman yang dipertaruhkan Barisan Nasional (BN) untuk menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu N70 Kukusan berharap akan menang serta mencipta sejarah sebagai wakil rakyat wanita pertama di DUN tersebut. Beliau yakin, dengan kesungguhan dan gerak kerja parti maka tentunya BN akan menang di DUN terbabit. “Alhamdulillah saya telah diberi […]

» Read more

Parti Warisan Sudah Terhimpit Ke Dinding, Cuba Tutup Kegagalan Urus Kerajaan Negeri – Mohamad

BEAUFORT, 14 Sept – Pengarah Operasi Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Datuk Mohamad Alamin melihat tindakan pihak tertentu yang menggunakan kempen berbentuk serangan peribadi adalah bertujuan untuk mengalih tumpuan rakyat Sabah terhadap perkara sebenar mengenai kegagalan kerajaan negeri yang diterajui Parti Warisan dalam pelbagai aspek. Menurut beliau mereka hari ini seolah-olah terhimpit ke dinding apabila satu persatu […]

» Read more

Selamat Menyambut Ulang Tahun Pertama Muafakat Nasional – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh ahli mengucapkan selamat menyambut ulang tahun pertama tertubuhnya Muafakat Nasional kepada semua pendukung agenda penyatuan ummah. “Sempena ulang tahun pertama Penyatuan Ummah, saya dan keluarga besar UMNO mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun MUAFAKAT NASIONAL kepada seluruh pimpinan dan ahli PAS serta ummah di Malaysia keseluruhannya,” […]

» Read more

Luahan Penghuni Rumah Kontena: Mana Rumah Kami? Kami Manusia, Bukan Binatang

BATU SAPI, 14 Sept – Mana rumah kami… kami sudah cukup tersiksa tinggal dalam kontena, kami bukan binatang, kami bukan pendatang asing, kami adalah pengundi di Negeri Sabah… itu adalah antara luahan mangsa kebakaran rumah di Kampung Gas, Batu Sapi. Sejak kediaman mereka terbakar pada tahun 2018, sehingga kini mereka tinggal dalam kontena iaitu penempatan sementara yang dijanjikan hanya enam […]

» Read more

Kerajaan Persekutuan Komited Atasi Masalah Bekalan Eletrik Di Sabah – Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan kualiti dan perkhidmatan bekalan elektrik di Sabah dengan memastikan penjanaan elektrik yang mencukupi serta melaksanakan pengukuhan sistem penjanaan, penghantaran dan pembahagian elektrik di Sabah. Jelas beliau, sejak tahun 2001, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM26.4 […]

» Read more

Premis Makan Di Kuala Lumpur Boleh Beroperasi Hingga 2 Pagi Mulai Esok

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju membenarkan premis-premis makan dan kedai serbaneka di Kuala Lumpur beroperasi hingga pukul 2.00 pagi mulai esok. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu selari dengan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob […]

» Read more

PRN Sabah: Pertembungan Kerusi ‘Norma Baharu Politik’ Untuk Menang – Bung Moktar

KINABATANGAN, 13 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan pertembungan antara Perikatan Nasional (PN) dan rakan sekutunya BN serta Parti Bersatu Sabah (PBS) di 17 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 sebagai ‘politik norma baharu’ bagi memastikan gabungan itu menang dan membentuk sebuah kerajaan negeri. “Justeru itu, saya meminta kepada seluruh pemimpin […]

» Read more

PKPD: Zon Kenanga, Mawar Tamat Tengah Malam Ini, Zon Melor Disambung – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di dua zon di Aman Jaya, Kedah iaitu zon Kenanga dan zon Mawar akan ditamatkan berkuat kuasa tengah malam ini. Bagaimanapun, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD secara pentadbiran bagi zon Melor akan disambung bermula 14 hingga 27 Sept. Keputusan menamatkan PKPD secara […]

» Read more

PRN Sabah Peluang Rakyat Tentukan Masa Depan Lebih Baik, Pilihlah BN – Najib

TAWAU, 13 Sept. – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengajak rakyat Sabah khususnya pengundi untuk mengaplikasi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi menentukan masa hadapan yang lebih baik. Katanya, dalam tempoh beliau menjadi perdana menteri selama sembilan tahun, banyak pembangunan yang dibawa ke negeri ini berbanding 22 tahun tempoh seorang lagi perdana menteri berkuasa namun gagal […]

» Read more

DUN Johor Lulus Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Negeri Johor 2020

ISKANDAR PUTERI, 13 Sept – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini, sebulat suara meluluskan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Negeri Johor 2020 berjumlah RM174.5 juta, dalam mendepani pandemik COVID-19. Pakej rangsangan itu dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad pada persidangan tersebut Khamis lepas. Ia kemudian dibahaskan oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada pihak kerajaan dan tiga […]

» Read more
1 1,402 1,403 1,404 1,405 1,406 1,917