COVID-19: Sabah Giat Agih Bantuan Makanan

KOTA KINABALU, 20 Okt – Kerajaan Negeri Sabah terus mempergiat usaha mengagihkan bekalan makanan kepada golongan sasar yang memerlukan dan terkesan akibat penularan COVID-19 agar mereka tidak tercicir daripada menerima bantuan berkenaan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Shahelmey Yahya berkata golongan sasar berkenaan adalah penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan yang diperintahkan menjalani kuarantin di rumah oleh Kementerian Kesihatan.

“Agihan bakul makanan juga akan dibuat di semua daerah yang telah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun, kami akan memberi keutamaan kepada keluarga dari dua golongan sasar itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Agihan Bakul Makanan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di sini, hari ini.

Sehingga semalam, sebanyak 57,329 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan sasar di seluruh negeri ini. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.