Isu Usul Undi Percaya, Tidak Percaya Dibangkit Di Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Isu berhubung usul undi tidak percaya dan undi percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan antara yang dijangka dibangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) meminta perdana menteri menyatakan bilakah 25 usul undi tidak percaya dan dua usul undi percaya akan dibentang, dibahas dan […]

» Read more

Saarani: Bermula Sebagai Pendidik, Kini Menteri Besar

IPOH, 10 Dis – Teka-teki mengenai siapa yang bakal mengisi jawatan Menteri Besar Perak ke-14 setelah jawatan itu kosong sejak Sabtu lalu terjawab hari ini apabila Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberi perkenan kepada Datuk Saarani Mohamad untuk dilantik ke jawatan itu. Saarani, 59, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, dijadual mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan […]

» Read more

PahangGo Kini Boleh Diakses Tanpa Telefon Pintar

KUANTAN, 9 Dis – Kerajaan Pahang hari ini melancarkan laman web app.PahangGo.com sebagai alternatif kepada aplikasi mudah alih yang diperkenalkan sebelum ini bagi membolehkan rakyat menggunakan perkhidmatan setempat PahangGo tanpa telefon pintar. Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Pahang Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata aplikasi PahangGo banyak membantu memudahkan penduduk menyelesaikan urusan tanpa perlu ke kaunter, sekali […]

» Read more

Melaka Bentang Belanjawan 2021 Berjumlah RM520.86 Juta

MELAKA, 9 Dis – Kerajaan Negeri Melaka pimpinan Perikatan Nasional (PN) buat pertama kalinya membentangkan Belanjawan 2021 berjumlah RM520.86 juta membabitkan bajet keseluruhan berjumlah RM445.86 juta, manakala RM75 juta diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali ketika membentangkan belanjawan itu berkata perbelanjaan mengurus sebanyak RM445.86 juta itu meningkat 14.32 peratus berbanding RM390 juta pada tahun […]

» Read more

Persidangan DUN Perak Ditangguhkan Sehingga Rabu Depan

IPOH, 9 Dis – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini ditangguhkan sehingga 16 Dis depan, berikutan perkembangan semasa politik di negeri itu. Speaker DUN Perak Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid berkata, selain disebabkan perkembangan politik semasa, penangguhan persidangan DUN berkenaan juga dibuat kerana pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 atau Belanjawan negeri, tidak dapat diteruskan. “Memandangkan agenda pembentangan Rang […]

» Read more

Keakraban, Kerjasama Dua Hala Malaysia-Brunei Perlu Diperkukuh – Agong

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Keakraban, semangat kejiranan serta kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang termasuk hubungan diplomatik antara Malaysia dan Brunei, perlu diperkukuhkan lagi demi kepentingan dan kesejahteraan ekonomi bersama, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Seri Paduka menzahirkan keyakinan, aliran perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Brunei dapat terus dipertingkatkan lagi, khususnya jalinan kerjasama […]

» Read more

Cadangan Ahli Politik Perlu Disuntik Dahulu Vaksin COVID-19, Bung Moktar Tawar Diri

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin menawarkan diri menjadi bahan uji vaksin COVID-19 di Malaysia bagi menyahut saranan ahli politik perlu menjadi golongan pertama disuntik vaksin itu. “Untuk menyahut cabaran Sarikei tadi, saya menawarkan (menjadi) orang pertama disuntik vaksin (COVID-19) itu, kalau ada. Saya tidak takut, saya mahu sihat, panglima perang kena dulu,” […]

» Read more

Jangan Tersalah Langkah, Keutamaan Sekarang Berpadu Dalam Satu Saf – Marzuki

LANGKAWI, 9 Dis – Situasi politik di negeri Perak yang terumbang-ambing sekarang antara ujian terhebat yang perlu ditempuh oleh Muafakat Nasional, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Langkawi, Ahmad Marzuki Shari’at. Pesannya, jika tersalah langkah walau setapak, Muafakat Nasional akan hancur berkecai menjadi debu yang dihina Dap. “Bagi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Langkawi, kami semua bersepakat dan bersatu hati dalam pandangan […]

» Read more

Naik Taraf Pengurusan Sisa Pepejal Bagi Perbaiki Imej Pelancongan Negeri – Pemuda UMNO Sabah

KOTA KINABALU, 9 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah berpendapat pihak kerajaan negeri perlu mensasarkan hala tuju yang lebih kompetitif dan proaktif di dalam mendepani situasi ekonomi global pasca COVID-19 terutamanya di dalam memperbaiki imej di peringkat global dalam konteks pengurusan sisa pepejal di mana sampah-sarap di sekitar destinasi utama pelancong akan merosakkan imej negeri itu dan ia perlu […]

» Read more

Tiada Kelulusan Aktiviti Perlombongan Bukan Radioaktif Di Hutan Simpan Kekal- KeTSA

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak mengeluarkan sebarang kelulusan untuk aktiviti perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di kawasan Hutan Simpan Kekal, kata menterinya Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Beliau berkata kelulusan di kawasan selain dari Hutan Simpan Kekal adalah tertakluk kepada penilaian dan kelulusan teknikal yang diperoleh terlebih dahulu. “Setakat ini, masih […]

» Read more
1 1,355 1,356 1,357 1,358 1,359 1,929