Majikan Wajib Maklum Tempat Tinggal Pekerja Asing Bagi Kelulusan Perintah Pembangunan

KOTA BHARU, 7 Feb – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan mewajibkan setiap majikan untuk memaklumkan tempat tinggal pekerja asing yang bakal diambil bekerja dalam mendapatkan kelulusan perintah pembangunan. Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata ini bagi memastikan mereka tidak lagi tinggal di rumah kongsi yang sesak selaras dengan usaha kerajaan membendung penularan COVID-19 dalam kalangan pekerja asing di Wilayah Persekutuan. […]

» Read more

Makan Besar Tahun Baharu Cina Dibenarkan Tidak Lebih 15 Ahli Keluarga

PUTRAJAYA, 7 Feb – Makan besar keluarga pada malam Tahun Baharu Cina (11 Feb) dibenarkan dengan tidak melebihi 15 orang ahli keluarga terdekat, yang tinggal dalam zon lingkungan 10 kilometer radius tanpa rentas daerah dan negeri, kata Kementerian Perpaduan Negara (KPN). Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari […]

» Read more

PH Perlu Terima Hakikat ‘Rumah’ Sudah Terbakar, Mandat Rakyat Adalah Untuk PRU-15 – Noh

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar membidas Pakatan Harapan (PH) yang kekal dengan pendirian tidak mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan sebaliknya mahu mandat rakyat dikembalikan kepada mereka semula. Tegasnya, PH perlu terima hakikat ‘rumah’ mereka sudah terbakar dan tiada lagi isu kerajaan pintu belakang atau tebuk atap kerana pemimpin PH […]

» Read more

Penuh Penghinaan, Tohmahan Prejudis… Tommy Thomas Perlu Didakwa – Hairi

JOHOR BAHRU, 7 Feb – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor mendesak kerajaan, pihak berkuasa dan PDRM untuk menyiasat dakwaan Tommy Thomas menerusi buku memoirnya bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness kerana ia boleh mengganggu gugat ketenteraman awam, malah Tegas ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah yang juga ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Tommy Thomas boleh disifatkan menghasut dengan […]

» Read more

19 Premis Tidak Patuh SOP PKP Dikompaun – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Sebanyak 19 premis dikompaun semalam kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata tindakan itu dibuat menerusi pemeriksaan khas pematuhan SOP oleh anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di 1,330 premis perniagaan. “Daripada jumlah […]

» Read more

Vaksin: KKM Perlu 12 Juta Picagari ‘Low Dead-Volume’ – Adham

MELAKA, 6 Feb – Kementerian Kesihatan (KKM) memerlukan 12 juta picagari jenis low dead-volume bagi membuat suntikan terhadap 20 peratus atau enam juta penerima fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan bermula hujung bulan ini. Menterinya Datuk Seri Adham Baba berkata picagari jenis itu amat diperlukan kerana vaksin perlu disuntik dalam dos tertentu kepada setiap individu bagi memastikan keberkesanannya. […]

» Read more

Kementerian Wilayah Persekutuan Bakal Bina 12,000 Unit Kediaman Di Putrajaya

KOTA BHARU, 6 Feb – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan membina 12,000 unit kediaman berharga RM200,000 di bawah program Residensi Prihatin di Putrajaya. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata projek itu akan dilancarkan pada 22 Feb ini dan dijangka mengambil tempoh 24 hingga 30 bulan untuk siap. Annuar berkata kira-kira 8,000 unit yang bakal dibina itu merupakan lima projek Perumahan […]

» Read more

COVID-19: KKM Sasar Sehingga 200,000 Ujian Sehari – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan untuk meningkatkan kapasiti ujian COVID-19 di makmal seluruh negara sehingga 200,000 ujian sehari, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Dr Noor Hisham berkata, walaupun 68 makmal yang ada ketika ini telah mencapai 100 peratus kapasiti dengan lebih 76,000 ujian sehari, tetapi terdapat makmal swasta, makmal di hospital […]

» Read more

PKPD Di Sebuah Sekolah Di Perak, Dua Kampung Di Sarawak Esok Hingga 19 Feb

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Sebako 1 serta 2 di Lundu, Sarawak, dan Sekolah Menengah Sultan Idris Shah II di Gerik, Perak, bermula esok hingga 19 Feb. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD itu bertujuan memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar di kedua-dua […]

» Read more

Malaysia Terima Vaksin Pfizer-BioNTech Seminggu Lebih Awal – Dr Adham

PUTRAJAYA, 5 Feb – Malaysia akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech seminggu lebih awal sebelum bermulanya Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa pertama pada 26 Feb ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini. Beliau berkata vaksin itu perlu diterima lebih awal, bagi membolehkan suntikan awal diberikan kepada 7,000 individu yang akan bertugas memberikan vaksin. “Kita perlu dahulukan mereka yang […]

» Read more
1 1,327 1,328 1,329 1,330 1,331 1,936