12,253 Unit Kediaman Residensi Prihatin Dibina Di Putrajaya

PUTRAJAYA, 22 Feb – Sebanyak 12,253 unit kediaman dengan keutamaan diberi kepada petugas barisan hadapan bakal dibina di Putrajaya menerusi program ‘Residensi Prihatin’, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata kementeriannya bekerjasama dengan Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk membangunkan kediaman berkeluasan 750 kaki persegi itu, melibatkan 10 tapak projek pembangunan di Presint 5, 7, 11, 16 dan 19. […]

» Baca lanjut

SPM 2020: 401,105 Calon Mula Duduki Peperiksaan Dalam Norma Baharu

KUALA LUMPUR, 22 Feb – Hari ini, seramai 401,105 pelajar di seluruh negara mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dalam suasana negara masih berdepan pandemik COVID-19 yang menuntut mereka membawa ‘perisai’ tambahan. Selain berbekalkan pen dan ilmu pengetahuan seperti kebiasaannya apabila memasuki dewan utama peperiksaan, kelainan bagi calon SPM 2020 ialah mereka juga perlu membawa ‘perisai’ iaitu pelitup […]

» Baca lanjut

571,802 Anggota Barisan Hadapan Daftar Untuk Imunisasi COVID-19

PUTRAJAYA, 22 Feb – Seramai 571,802 orang anggota barisan hadapan mendaftar untuk mendapatkan imunisasi COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata daripada jumlah tersebut, 57.3 peratus terdiri dalam kalangan anggota perubatan dan kesihatan iaitu dengan 39.8 peratus Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan selebihnya 17.5 peratus pegawai perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta agensi […]

» Baca lanjut

Daun, Bunga Pokok Teruntum Inspirasi Reka Bentuk Anjung Menara Kuantan 188

KUANTAN, 22 Feb – Daun dan bunga pokok Teruntum putih banyak terdapat di pinggir Sungai Kuantan suatu ketika dahulu, menjadi inspirasi kepada reka bentuk anjung Menara Kuantan 188, di sini, iaitu menara tinjau kedua tertinggi di Malaysia. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata inspirasi itu juga menyebabkan menara tertinggi di Pantai Timur itu terlebih dahulu dinamakan sebagai […]

» Baca lanjut

PKPD Asrama, Kilang Dan Tapak Binaan Central Medicare Hilir Perak Mulai Esok

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama, kilang dan tapak binaan Central Medicare di Hilir Perak mulai esok hingga 7 Mac depan.  Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan perintah itu berikutan terdapat 185 individu didapati positif COVID-19 di kawasan berkenaan. “Sehingga 19 Feb, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan […]

» Baca lanjut

COVID: 3,297 Kes Baharu, 4,456 Kes Sembuh, Lima Kematian

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Kes baharu COVID-19 yang direkodkan hari ini meningkat kepada 3,297 kes berbanding 2,461 semalam dengan lima kematian. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 3,291 daripada jumlah kes baharu hari ini adalah penularan dalam negara melibatkan 1,402 warganegara dan 1,889 bukan warganegara manakala enam adalah kes import menjadikan jumlah kumulatif kini adalah 283,569 kes. Beliau berkata bagaimanapun kes […]

» Baca lanjut

Kuantan Kini Bandar Raya, Agong Titah Kesejahteraan Rakyat Diutamakan

KUANTAN, 21 Feb – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan Kuantan, ibu negeri Pahang, sebagai bandar raya dalam majlis bersejarah hari ini.  Al-Sultan Abdullah dalam titah Diraja, menzahirkan hasrat mahu melihat Kuantan yang mula wujud pada pertengahan kurun ke-19 menerusi sistem penubuhan Kuantan Sanitary Board pada 1 Ogos 1913 terus mencipta lebih banyak kejayaan sebagai sebuah […]

» Baca lanjut

Vaksin Lalui Proses Penilaian Sewajarnya, Dipantau Rapat Selepas Digunakan – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Vaksin keluaran Pfizer-BioNtech adalah vaksin COVID-19 yang pertama diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mestilah melalui proses penilaian yang sewajarnya dan akan sentiasa dipantau dengan rapat setelah ia digunakan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin berkenaan diberi kelulusan pada 8 […]

» Baca lanjut

Vaksin COVID: Pasport Vaksin Untuk Pengesahan Terima Suntikan

SEPANG, 21 Feb – Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut […]

» Baca lanjut

Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Tiada Had Tamat, Sehingga Capai Sasaran

SEPANG, 21 Feb – Pendaftaran untuk vaksinasi COVID-19 tidak akan ditamatkan sehingga mencapai sasaran 80 peratus rakyat yang telah menerima vaksin, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin. “Pendaftaran akan sentiasa dibuka dan tidak akan ditutup sehingga selesai sasaran kita iaitu 70 hingga 80 peratus rakyat Malaysia (menerima vaksin),” kata beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada sidang […]

» Baca lanjut
1 1,269 1,270 1,271 1,272 1,273 1,888