Sidang Parlimen : BN Sabah Sambut Baik Titah Agong

KOTA KINABALU, 17 Jun – Barisan Nasional (BN) Sabah menyambut baik titah Yang Dipertua Agong ,Al Sultan Abdullah Ri”ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membenarkan Parlimen bersidang dalam tempoh darurat.

Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata perkenan tersebut membuktikan Baginda ,sebagai Ketua Negara telah meletakan sistem demokrasi berparlimen pada tahap yang tinggi sekali gus Banginda turut mengutamakan prinsip keluhuran perlembagaan.

“ Keputusan ini membuktikan Tuanku mengutamakan prinsip keluruhan Perlembagaan dan ini selari dengan hasrat memelihara peranan “ semak dan imbang yang dimainkan oleh ahli-ahli yang berhormat Dewan Rakyat dan Negara “ katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini sebagai mengulas keputusan perbincangan khas majlis Raja-Raja Melayu kemarin yang membuat keputusan persidangan Parlimen boleh dilakukan dalam tempoh darurat .

Keputusan ini dibuat setelah Tuanku memperhalusi semua pandangan para pemimpin parti politik ,Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dari agensi-agensi kerajaan .

Menurut Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan keputusan ini membuktikan bahawa Tuanku mengutamakan prinsip keluhuran perlembagaan dan setiap cabang sistem demokrasi negara perlu akur kepada prinsip itu, termasuk Kerajaan Malaysia (Ekekutif)

Sehubungan dengan itu Bung meminta agar semua ahli Parlimen tidak kiralah dari pihak kerajaan mahupun pembangkang mengambil ruang dan peluang ini untuk kembali bersidang.

“Bahaskanlah secara serius serta objektif untuk mencari jalan keluar dari segala kemelut ekonomi dan kesihatan awam yang sedang kita hadapi ini” Jelas Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri.

Menurut beliau ini adalah peluang untuk semua Ahli Parimen membuktikan serta mengembalikan kekuatan Parlimen sebagai medan sebenar suara rakyat di peringkat akar umbi yang ketika ini berhadapan dengan susana getir masalah kesihatan khususnya penularan pandemik Covid-19 yang melanda negara juga masalah ekonomi negara yang semakin terjejas ketika ini

“ Hentikanlah segala pergesaran ideologi politik dan perebutan kuasa bagi mencari jalan keluar dari segala kemelut yang dihadapi ketika ini tanpa mengherat rakyat yang sekian lama terbeban dengan setuasi yang melanda negara ketika ini” katanya

Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah secara peribadi menjunjung setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan Yang di Pertua Agong dalam hal ini dan menzahirkan dengan perkenan Yang Dipertua agong ini dan berharap demokrasi berparlimen negara akan terus matang dan rakyat akan mendapat manfaat yang sewajarnya.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.