PRK Ayer Kuning: Calon BN Terima Sambutan Baik Daripada Para Pengundi

TAPAH, 14 April – Calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr Ustaz Yusri Bakir menerima sambutan baik daripada pengundi ketika tempoh berkempen yang sedang berlangsung di sini. Ketika ditemui, beliau berharap agar momentum tersebut dapat diteruskan dan menterjemahkan sokongan mereka menerusi undi yang akan dizahirkan pada 26 April nanti. “Alhamdulillah, […]

» Read more

PRK Ayer Kuning: Dakwaan Boikot Cubaan Gugat Keharmonian UMNO – Khaled

JOHOR BAHRU, 13 April – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan dakwaan berlaku pergeseran dalaman antara Pemuda UMNO Bahagian Tapah dan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sebagai cubaan pihak lawan untuk menggugat keharmonian parti. Beliau berkata pihaknya tidak mendengar sebarang isu berkaitan pergeseran itu, malah semua sayap […]

» Read more

PRK Ayer Kuning: Calon BN Terima ‘Tonik’ Teruskan Kempen

TAPAH, 13 April – Memasuki hari kedua kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir menerima suntikan semangat apabila mendapat reaksi positif pengundi di kawasan dikunjunginya. Antara pengundi yang beliau temui adalah di kawasan Changkat Petai, Tanjong Keramat, Kampung Raya dan Kampung Batu Tiga. “Alhamdulillah, saya sangat teruja kerana […]

» Read more

Johor Sasar Bina 80,000 Unit RMMJ Sehingga 2029

KLUANG, 13 April – Kerajaan Johor menyasarkan pembinaan 80,000 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) sehingga tahun 2029 bagi membantu penduduk di negeri berkenaan memiliki rumah yang lebih selesa. Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata sehingga kini 16,845 unit rumah berjaya disiapkan dan kira-kira 14,000 unit lagi akan disiapkan menjelang tahun 2027. Beliau berkata tambahan 50,000 unit lagi akan […]

» Read more

Dr Ustaz Yusri Bukan Nama Asing Di Ayer Kuning – Noraini

TAPAH, 13 April – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menyifatkan pemilihan Dr Ustaz Mohamad Yusri Bakir sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning adalah tepat memandangkan beliau mempunyai kelebihan tersendiri sebagai pemimpin. Katanya pengalaman profesional dan politik ternyata membuatkan Dr Ustaz Yusri ini dikenali oleh penduduk sekitar. […]

» Read more

Malaysia-Vietnam Perkukuh Kerjasama Undang-Undang Sempena Persiapan Kepengerusian ASEAN 2025

KUALA LUMPUR, 12 April – Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Vietnam semalam sebagai sebahagian daripada siri lawatan ke negara-negara anggota ASEAN bersempena dengan persediaan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN pada tahun 2025. Dalam lawatan tersebut, Azalina yang juga Ketua Penerangan UMNO telah bertemu dengan rakan sejawatannya, Nguyen Hai Ninh, Menteri […]

» Read more

PRK Ayer Kuning: Noor Azleen Seru Rakyat Buat Pilihan Terbaik, Beri Mandat Kepada Calon BN

TAPAH, 13 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Noor Azleen Ambros menyeru seluruh rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning supaya membuat pilihan yang terbaik dengan memberi mandat kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini. Ujarnya, parti telah membuat keputusan tepat dengan meletakkan calon berlatarbelakangkan akademik dan agama yang semestinya mampu membantu […]

» Read more

Persidangan Cawangan Medan Akar Umbi Suara Pandangan, Idea

KUALA LUMPUR, 14 April – Mesyuarat cawangan merupakan medan dan peluang terbaik untuk ahli di cawangan menyuarakan pandangan, idea dan pendapat berkaitan parti. Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Kedah, Nuraini Yusoff berkata, sikap toleransi terhadap perbezaan pendapat dan pandangan juga perlu diamalkan di setiap peringkat. “Untuk mengekalkan kesatuan di dalam UMNO, sikap toleransi terhadap perbezaan pendapat dan pandangan haruslah diterapkan […]

» Read more

PRK Ayer Kuning: Norliza Seru Jentera Wanita Bekerja Sebaik Mungkin

TAPAH, 13 April – Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim menyeru seluruh jentera Wanita untuk bekerja sebaik mungkin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Jelasnya, gerak kerja Wanita UMNO telah dimulakan setelah mantan ADUN Ayer Kuning, allahyarham Ishsam Shahruddin meninggal dunia pada Februari lalu. “Sewaktu arwah meninggal, Wanita UMNO telah pun […]

» Read more

PRK: Pilih Calon BN, Pastikan Ayer Kuning Kekal Kerajaan – Ahmad Maslan

  TAPAH, 13 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyeru rakyat untuk memilih calon Barisan Nasional (BN) agar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning kekal di bawah pemerintahan Kerajaan. Jelasnya, UMNO/BN telah mengetengahkan calon yang baik untuk meneruskan kesinambungan perjuangan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, allahyarham Ishsam Shahruddin. “Siapakah yang […]

» Read more
1 123 124 125 126 127 1,937