RM2.8 Juta Peruntukan Tambahan Untuk Adun Johor Bantu Tangani COVID-19

JOHOR BAHRU, 28 Mei – Peruntukan tambahan sebanyak RM2.8 juta akan diberikan kepada semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor, dalam usaha kerajaan negeri menangani pandemik COVID-19 di negeri ini. Mengakui menguruskan pandemik itu merupakan cabaran yang besar, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata pandangan serta penglibatan semua pihak, termasuk daripada semua wakil rakyat amat dialu-alukan dalam […]

» Read more

Lockdown: Pentingkan Ekonomi Negara, KDNK… Nyawa Rakyat Jadi Taruhan? – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu fokus dengan situasi semasa kesihatan rakyat berbanding hanya mementingkan ekonomi negara, tegas Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan. Katanya, dengan keadaan pandemik COVID-19 yang mencatatkan angka membimbangkan saban hari, jalan penyelesaian terbaik adalah dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun ianya merupakan satu langkah […]

» Read more

Sembilan Lokaliti Seluruh Negara Dikenakan PKPD Bermula Sabtu

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Sebanyak sembilan lokaliti di seluruh negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu ini hingga 11 Jun bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiga daripada lokaliti terlibat adalah dalam mukim Sitiawan di daerah Manjung, Perak melibatkan kawasan Sitiawan, Seri Manjung dan Ayer Tawar. Beliau berkata […]

» Read more

Beberapa Negeri Capai Penggunaan Maksimum Katil COVID – Dr Adham

PUTRAJAYA, 27 Mei – Kadar penggunaan katil hospital kerajaan bagi rawatan COVID-19 di seluruh negara ketika ini ialah 75 peratus dengan beberapa negeri telah mencapai penggunaan maksimum, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Sehubungan itu, beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan kaedah ‘repurpose’ serta mempertingkat kerjasama dengan hospital swasta dan pusat pengajar hospital universiti bagi memastikan jumlah katil […]

» Read more

Kluster Tempat Kerja Sumbang 39 Peratus Jumlah Kluster Aktif

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Negara kini berdepan kes jangkitan COVID-19 kluster tempat kerja tertinggi selain kluster perayaan dan rentas negeri, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Berkongsi maklumat melalui akaun Facebooknya, beliau berkata sehingga semalam, sebanyak 233 kluster tempat kerja yang masih aktif direkodkan melibatkan 16,785 kes aktif. Ini menurutnya menyumbang kepada 39 peratus daripada […]

» Read more

RM70 Juta Bukan Hanya Untuk Bangunkan Laman Web Tempahan Vaksin – Khairy

KPUTRAJAYA, 27 Mei – Peruntukan RM70 juta bukan semata-mata untuk pembangunan laman web rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID (JKJAV) www.vaksincovid.gov.my, sebaliknya turut meliputi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata, RM70 juta itu juga bukanlah jumlah sebenar, sebaliknya ia adalah paras siling yang telah ditetapkan kerajaan bagi menjayakan program vaksinasi berskala […]

» Read more

Kes COVID-19 7,857:Pemuda UMNO Mohon Kerajaan Pertimbang Total Lockdown 21 Hari

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mohon kerajaan pertimbangkan kembali permohonan majoriti rakyat supaya dilakukan total lockdown 21 hari. Beliau berkata demikian berikutan kes baharu hari ini meningkat kepada 7,857. “Sediakan bantuan khas untuk rakyat bagi tempoh tersebut, i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 dan Lanjutan Moratorium selama tiga bulan tanpa caj tambahan,” […]

» Read more

937,756 Individu Lengkapkan Dua Dos Vaksin COVID-19 Setakat Semalam – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Seramai 937,756 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Menerusi akaun Twitternya hari ini, Dr Adham berkata seramai 1,667,280 individu telah menerima dos pertama, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 2,605,036 dos […]

» Read more

COVID-19: Total Lockdown… Biar Susah Dahulu, Senang Kemudian – Ahmad Maslan

JOHOR BAHRU, 27 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memberikan sepuluh cadangan dalam usaha menangani COVID-19 dengan perkara pertama ialah total lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dalam jangka dua hingga tiga minggu. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian dalam sidang secara online bersama Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad hari ini. Katanya, […]

» Read more

Sekatan Pergerakan Kendiri Perlu Untuk Putuskan Rantaian Jangkitan – Sultan Johor

JOHOR BAHRU, 27 Mei – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menggesa semua lapisan masyarakat agar komited untuk melaksanakan sekatan pergerakan kendiri atau ‘self-lockdown’ bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Menyatakan kebimbangan mengenai peningkatan berterusan kes COVID-19 seluruh negara, Sultan Ibrahim bertitah dengan lebih 7,400 kes dicatatkan hari ini, situasi itu amat membimbangkan serta memerlukan hampir semua pihak duduk […]

» Read more
1 1,246 1,247 1,248 1,249 1,250 1,921