Pemuda UMNO Terus Bantu Mangsa Di Yan Dan Merbok

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO dan Sukarelawan Skuad Sabil di seluruh Bahagian-bahagian Negeri Kedah sudah beberapa hari bertungkus-lumus membantu penduduk yang terkesan akibat banjir di Yan dan Merbok, kata ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Menurutnya misi bantuan tersebut diketuai oleh Ketua Pemuda Negeri Kedah Mohd Fadzil Zolkipli. “Antara yang diberikan penumpuan termasuklah membekalkan barangan keperluan asas, […]

» Read more

Kepimpinan Ismail Sabri Cekap Dan Diyakini, Mampu Pulihkan Krisis Kesihatan Dan Ekonomi – Zolkafly Harun

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Ketua Penerangan UMNO Negeri Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9. Menurutnya situasi negara yang berdepan dengan krisis kesihatan dan ekonomi memerlukan pemimpin seperti Ahli Parlimen Bera itu yang dilihat cekap dan diyakini rakyat bagi memimpin ke arah membina semula negara. […]

» Read more

COVID-19: 38 Peratus Populasi Malaysia Lengkap Dua Dos Vaksin – JKJAV

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Sebanyak 38 peratus atau 12,408,803 populasi negara ini telah melengkapkan dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, demikian menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV). Jawatankuasa itu menerusi perkongsian infografik dalam Twitter rasminya memaklumkan setakat semalam juga, seramai 17,961,600 orang atau 55 peratus telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program […]

» Read more

Banjir Di Kedah: Sukarelawan Dan Sumbangan Kewangan Diperlukan Bantu Keluarga Terjejas

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Sukarelawan diperlukan bagi membersihkan kawasan yang terjejas akibat banjir yang berlaku di Jerai dan Merbok, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau juga turut mengalu-alukan bantuan kewangan untuk meringankan beban keluarga yang terjejas akibat bencana alam ini. “Banjir lumpur yang teruk membabitkan 1500 buah rumah kawasan Jerai dan 200 buah rumah kawasan Merbok. […]

» Read more

UMNO Junjung Kasih YDP Agong, Harap Ismail Sabri Dapat Terjemah Hasrat Parti Penuhi Aspirasi Rakyat

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – UMNO menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas perkenan baginda melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri Malaysia Kesembilan. Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO berharap dengan perlantikan ini, maka Naib Presiden parti itu menterjemahkan hasrat parti untuk membawa aspirasi rakyat […]

» Read more

Ismail Sabri TPM Paling Cepat Dilantik PM

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Tidak sampai dua bulan mengisi jawatan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab besar sebagai pemimpin nombor satu negara. Pelantikan Ahli Parlimen Bera itu adalah bagi mengisi kekosongan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai perdana menteri kelapan pada 16 Ogos lepas susulan kehilangan sokongan majoriti […]

» Read more

Keutamaan Presiden Adalah Masa Depan Parti Keramat Agama, Bangsa Dan Negara

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebagai Presiden parti, kini keutamaan beliau adalah masa depan parti keramat agama, bangsa dan negara. Ujar Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, beliau tahu wujud kerisauan dalam kalangan ahli UMNO terhadap perkembangan politik semasa. “Bagaimanapun yakinlah UMNO tetap UMNO. Kepada seluruh ahli UMNO ini jaminan saya. Presiden […]

» Read more

Veteran UMNO Gesa MN Perlu Digerakkan Semula Di Peringkat Akar Umbi

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Veteran UMNO, Tan Sri Mohd Yussof Latiff menggesa UMNO dan PAS peringkat kebangsaan untuk mengerakkan dan mengaktif semula Muafakat Nasional (MN) di peringkat akar umbi bagi memastikan aktiviti-aktiviti kerjasama antara dua parti terbesar orang Melayu itu tidak terjejas dalam apa jua keadaan. Tegasnya, MN tidak harus sekadar menjadi retorik politik sebaliknya harus menterjemahkan piagamnya untuk […]

» Read more

Negara Perlukan Sebuah Kerajaan Stabil, Fokus Tangani Isu Kesihatan Dan Ekonomi – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Melaka Dr Akmal Salleh berpandangan dalam situasi politik semasa siapapun yang dipilih sebagai Perdana Menteri ia tetap akan menjadi kerajaan yang ampuh dan rapuh. Ini kerana katanya, kerajaan yang dibentuk hanya mempunyai majoriti yang amat tipis untuk dan kerajaan yang rapuh dan ampuh tidak bagus untuk negara yang kini […]

» Read more

Agong Zahir Dukacita Terhadap Fenomena Kepala Air Di Yan, Kedah Yang Ragut Empat Nyawa

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan rasa dukacita terhadap tragedi banjir susulan fenomena kepala air berlaku di sekitar kawasan Gunung Jerai di Yan, Kedah, yang meragut empat nyawa setakat ini. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini berkata Seri Paduka turut menzahirkan […]

» Read more
1 1,186 1,187 1,188 1,189 1,190 1,937