PICK Capai Sasaran 50 Peratus Dewasa Divaksinasi Semalam – JKJAV

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran ditetapkan bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) apabila 50.2 peratus atau 11,743,096 populasi dewasa negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya hari ini memaklumkan sebanyak 75.3 peratus atau […]

» Read more

Siapapun PM, Pemuda UMNO Konsisten Perjuangkan Sepuluh Tuntutan Rakyat – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya akan terus memperjuangkan sepuluh tuntutan rakyat tanpa mengira siapa yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri. “10 tuntutan rakyat akan terus kami suarakan dan perjuangkan tidak kira siapapun yang naik dan bakal dilantik YDP (Yang di-Pertuan) Agong menjadi Perdana Menteri. “Itu janji dan iltizam […]

» Read more

Perak Agih RM1.8 Juta Kepada Sembilan Sekolah Persendirian Cina

IPOH, 18 Ogos – Sebanyak RM1.8 juta bantuan pendidikan diagihkan oleh kerajaan negeri Perak kepada sembilan Sekolah Persendirian Cina (SUWA) di negeri itu bagi membantu mengurangkan kekangan kewangan pengurusan yang dihadapi sekolah-sekolah tersebut ketika pandemik COVID-19. Menteri Besarnya Datuk Saarani Mohamad berkata bantuan tersebut adalah sebahagian daripada peruntukan RM8.1 juta kepada pelajar sekolah kebangsaan, sekolah mubaligh, sekolah vernakular dan SUWA seperti […]

» Read more

PM Baharu Kemuka Usul Undi Percaya, Tentu Keabsahan Di Dewan Rakyat – Agong

KUALA LUMPUR, 18 Ogos  – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya perdana menteri yang dilantik perlu mengemukakan segera usul undi di Dewan Rakyat bagi menentukan keabsahan jawatan beliau. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini berkata Seri Paduka menzahirkan titah itu susulan sesi menghadap ketua-ketua dan wakil parti-parti […]

» Read more

COVID : Kes Baharu 22,242, Tertinggi Sejak Pandemik Melanda Negara

KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Malaysia hari ini merekodkan 22,242 kes baharu COVID-19, angka harian tertinggi sejak pandemik melanda negara tahun lepas. Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,466,512. Beliau berkata Selangor terus menjadi negeri yang mencatat kes […]

» Read more

Tugas Berat Menanti Perdana Menteri Baharu Imbangi Sosio-Ekonomi Dan Persepsi – Azhari

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Siapa pun Perdana Menteri baharu yang dilantik kita sebagai rakyat jelata wajar menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong berhubung pelantikan jawatan tersebut, demikian pandangan Ketua UMNO Shah Alam Datuk Azhari Datuk Shaari. Menurut beliau sebagai ahli UMNO yang memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair masing-masing perlu berpegang kepada tiga elemen ini untuk terus kekal relevan sebagai parti […]

» Read more

Politik Negara : Puad Harap Benar-Benar Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi berharap kerajaan yang dibentuk kelak benar-benar kerajaan perpaduan dan bukannya proksi. Jelas beliau Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya Perdana Menteri baru membentuk kerajaan perpaduan dan tujuannya untuk kurangkan politiking malah semua parti dipertanggungjawabkan dan akan dilibatkan. “Jam 4 petang adalah ‘dateline’ untuk […]

» Read more

Pidato ‘Online’ Norma Baharu Semarak Semangat Hari Kemerdekaan – Mohd Noor

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Pertandingan pidato online yang dianjurkan oleh Penerangan UMNO Malaysia merupakan platform terbaik untuk mencari bakat baharu dalam pidato, kata Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad. Jelas beliau, meskipun negara masih berhadapan dengan pandemik COVID-19 namun ianya tidak menjadi penghalang bagi penyertaan daripada peserta. “Pertandingan ini secara pertama kali diadakan dengan norma baharu […]

» Read more

Ahmad Maslan Harap Kerajaan Yang Dibina Selepas Ini Kerajaan Yang Berjaya Jaga Rakyat Dan Negara

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berharap kerajaan yang akan dibina selepas ini adalah sebuah kerajaan yang berjaya menjaga serta memberi tumpuan terhadap beberapa aspek untuk kepentingan rakyat dan negara. Menerusi perkongsiannya di Facebook, beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian seterusnya menambah apa yang utama adalah keprihatinan terhadap rakyat termasuklah soal agama, kesihatan dan […]

» Read more

Sultan Kedah Titah Agar Lebih Banyak Vaksin Dibekalkan Kepada Negeri Itu

ALOR SETAR, 17 Ogos – Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menitahkan agar jumlah vaksin yang banyak dapat dibekalkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan negeri itu mencapai imuniti kelompok lebih awal dan sektor ekonomi dipulihkan lebih cepat. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Paduka Bakar Din dalam kenyataan hari ini memaklumkan Sultan Sallehuddin menzahirkan rasa dukacita dengan kadar jangkitan […]

» Read more
1 1,161 1,162 1,163 1,164 1,165 1,910