Pidato ‘Online’ Norma Baharu Semarak Semangat Hari Kemerdekaan – Mohd Noor

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Pertandingan pidato online yang dianjurkan oleh Penerangan UMNO Malaysia merupakan platform terbaik untuk mencari bakat baharu dalam pidato, kata Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad.

Jelas beliau, meskipun negara masih berhadapan dengan pandemik COVID-19 namun ianya tidak menjadi penghalang bagi penyertaan daripada peserta.

“Pertandingan ini secara pertama kali diadakan dengan norma baharu tapi ini adalah sebagai persediaan kita sempena menyambut Hari Kemerdekaan.

“Ini juga menunjukkan kita telah ada pelapis baharu dalam berpidato malah pertandingan ini juga sebagai medan untuk mereka mencari pengalaman dan mengasah bakat,” katanya ketika dihubungi UMNO Online baru-baru ini.

Beliau juga memaklumkan bagi menentukan peserta bagi mewakili Pulau Pinang, mereka terlebih dahulu perlu dipilih oleh juri pada pertandingan di peringkat negeri.

“Ada bahagian-bahagian membuat pertandingan pidato secara online. Namun ada juga di antara cawangan-cawangan ada juga bahagian yang memilih untuk penyertaan secara sukarela.

“Manakala di peringkat negeri, pada 21 dan 22 Ogos ini kita akan buat pertandingan antara pemenang di bahagian-bahagian. Satu bahagian kita pilih dua orang untuk dipertandingkan dan yang menang pada hari itu akan mewakili Pulau Pinang di peringkat kebangsaan.

“Harapan saya semoga kita dapat memilih pemidato yang terbaik untuk mewakili Pulau Pinang supaya mereka dapat menjadi johan di peringkat Penerangan UMNO Malaysia nanti,” ujar beliau.– UMNO online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.