Politik Negara : Puad Harap Benar-Benar Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi berharap kerajaan yang dibentuk kelak benar-benar kerajaan perpaduan dan bukannya proksi.

Jelas beliau Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya Perdana Menteri baru membentuk kerajaan perpaduan dan tujuannya untuk kurangkan politiking malah semua parti dipertanggungjawabkan dan akan dilibatkan.

“Jam 4 petang adalah ‘dateline’ untuk semua ahli Parlimen tentukan bakal Perdana Menteri baru.

“Kita menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana guna cara yang tertib untuk menangani krisis politik dan pandemik. Tuanku guna kaedah demokratik. MP diminta tentukan calon Perdana Menteri baru dan diabsahkan di Parlimen,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Puad seterusnya berharap ianya betul-betul kerajaan perpaduan.

“Maka jangan jadikan kerajaan baru ini kerajaan proksi. Tak payahlah cadangan Menteri Mentor itu. Kita tidak mahu imej Kerajaan PN 2.0. Betul betul baru dan perpaduan,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.