MOSTI Optimis Mampu Jadikan Malaysia Negara Berteknologi Tinggi Menjelang 2030

PUTRAJAYA, 17 Okt – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) optimis dalam melaksanakan dan menjayakan dasar dan inisiatif yang digariskan bagi meletakkan Malaysia sebagai negara berteknologi tinggi menjelang 2030, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata MOSTI menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika pembukaan Invest Malaysia 2021 baru-baru ini, untuk menjadikan Malaysia negara […]

» Read more

Berbaki 10 Peserta, Juara Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO 2021 Akan Dinobat Petang Ini

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Seramai 29 peserta Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO 2021 telah selesai menyampaikan hujah masing-masing pada hari pertama yang berlangsung semalam. Hari ini yang merupakan hari kedua dan hari terakhir pertandingan akan menyaksikan 10 lagi peserta yang akan tampil dengan kebolehan masing-masing untuk menyampaikan pandangan mereka khususnya menari tumpuan serta perhatian para juri pertandingan. Presiden UMNO, Datuk […]

» Read more

Ada Pihak Niat Jahat Sengaja Burukkan PM Kerana UMNO – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas pihak yang secara terang-terangan berniat jahat untuk memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO. Beliau yang menerima grafik berkaitan PM menganggap bahawa tuduhan 100 hari PM dengan kad laporan KPI yang mengaitkan kepada kes SUA UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; […]

» Read more

Selamat Bersidang…Akar Umbi Parti  Tunjang Kekuatan UMNO – Sharkar

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berharap persidangan UMNO peringkat cawangan yang bermula semalam sehingga 30 November depan bukan sahaja menjadi medan terbaik ahli-ahli di akar umbi untuk melontarkan pandangan malah menjadi platform untuk mengukuhkan lagi parti. Menurut beliau walaupun ungkapan sedemikian bukanlah satu perkara asing setiap kali persidangan peringkat cawangan, […]

» Read more

Kerajaan Perlu Cari Formula Tingkat Harga Getah Sekerap Bantu Pekebun Kecil

KUALA NERANG, 16 Okt – Kerajaan perlu mencari formula atau kaedah bagi memastikan harga getah sekerap ditingkatkan supaya pekebun-pekebun kecil getah di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dapat menikmati pendapatan yang lebih baik. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata walaupun perkara itu dilihat sukar dan mungkin mengambil masa, namun usaha perlu dilakukan agar […]

» Read more

Serah Kepada Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Pihak Terlibat Kertas Pandora – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam pendedahan Kertas Pandora. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika memberikan jaminan itu berkata kerajaan tidak akan menyekat tindakan pihak berkuasa sekiranya mempunyai bukti kukuh. “Dalam negara, kita terbuka kalau didapati ada kes terhadap sesiapa sahaja pun, pihak berkuasa […]

» Read more

Ada Pihak Ketandusan Modal – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan membidas penularan grafik yang mendakwa ‘100 Hari Perdana Menteri: Kad laporan KPI Ahmad Maslan dibebaskan daripada pendakwaan, Rosmah dapat balik passport untuk melancong ke Singapura dan Zahid dibenarkan untuk terbang ke Jerman dan kini Najib memohon untuk diberi semula paportnya.’ Tegasnya, penggunaan grafik sedemikian adalah tindakan pihak tertentu yang […]

» Read more

Bayaran Balik Pinjaman Tanpa Faedah Terakru Bertepatan Konsep Keluarga Malaysia – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan pemberian moratorium bayaran balik pinjaman tanpa faedah terakru adalah bertepatan dengan konsep Keluarga Malaysia. Katanya, ini kerana falsafah berkenaan adalah menfokuskan aspek tiada dalam kalangan rakyat yang akan tertinggal dalam perjalanan negara pulih daripada kemusnahan ekonomi. “Kerana itu kita tetap berpegang kepada kata-kata Perdana Menteri Datuk […]

» Read more

Pidato Piala Presiden UMNO Bakal Juarai, Cerminkan Semangat Parti Kepada Pengundi – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata pentas Pidato Piala Presiden UMNO 2021 adalah antara aplikasi untuk mempersiapkan kekuatan parti menjelang pilihan raya iaitu sebagai landasan dalam memberikan hujah-hujah dan penerangan kepada rakyat. Selaras itu katanya, pemidato-pemidato Piala Presiden UMNO ini diharap akan membantu kawasan masing-masing dan dijadikan jentera untuk berpidato apabila berhadapan pilihan raya nanti. […]

» Read more

Pidato Piala Presiden UMNO Medium Terbaik Beri Penerangan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan berpidato merupakan salah satu medium terbaik untuk mengasah minda dan memberi penerangan kepada rakyat. Jelas beliau, pidato juga memainkan peranan penting dalam usaha mendekati rakyat terutama sekali menuju ke arah Pilihan Raya Umum ke-15 iaitu sejumlah 5.8 juta pengundi berumur 18 tahun direkodkan. “Gunakanlah kaedah berpidato ini […]

» Read more
1 1,141 1,142 1,143 1,144 1,145 1,947