Selamat Bersidang…Akar Umbi Parti  Tunjang Kekuatan UMNO – Sharkar

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berharap persidangan UMNO peringkat cawangan yang bermula semalam sehingga 30 November depan bukan sahaja menjadi medan terbaik ahli-ahli di akar umbi untuk melontarkan pandangan malah menjadi platform untuk mengukuhkan lagi parti.

Menurut beliau walaupun ungkapan sedemikian bukanlah satu perkara asing setiap kali persidangan peringkat cawangan, namun itulah realitinya dan itulah hakikatnya yang sentiasa perlu dijunjung oleh setiap ahli parti pelbagai peringkat.

“Kepada seluruh ahli parti serta para perwakilan baik peringkat cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda serta Pergerakan Puteri UMNO inilah masanya dan inilah detiknya untuk kita sma-sama mengembleng muafakat di peringkat bawah.

“Percayalah… kuatnya sebatang pokok kerana akarnya dan begitulah juga realiti dalam UMNO. Kuat di akar umbi maka kuatlah UMNO kerana tanpa akar umbi parti tidak akan wujud malah tidak mampu untuk berkhidmat sebaiknya kepada rakyat,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Sharkar yang juga Ketua UMNO bahagian Temerloh turut mengharapkan persidangan peringkat bahagian berkenaan berjalan dengan sebaiknya dan masing-masing membawa idea untuk membantu parti terus mara mendepani cabaran.

Katanya dengan pelbagai cabaran yang mendatang dan pelbagai jalan yang berliku hari ini sudah pasti menuntut kepada komitmen dan kesungguhan pelbagai peringkat ahli parti.

“Selamat bersidang…inysa Allah kita sama-sama membantu parti terus bergerak ke depan. Kita sama-sama mendepani cabaran kerana percayalah UMNO sebuah perjuangan,” tambahnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.