Pidato Piala Presiden UMNO Medium Terbaik Beri Penerangan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan berpidato merupakan salah satu medium terbaik untuk mengasah minda dan memberi penerangan kepada rakyat.

Jelas beliau, pidato juga memainkan peranan penting dalam usaha mendekati rakyat terutama sekali menuju ke arah Pilihan Raya Umum ke-15 iaitu sejumlah 5.8 juta pengundi berumur 18 tahun direkodkan.

“Gunakanlah kaedah berpidato ini untuk kita mengasah minda, mulut kita ini kena manis senyum selalu walaupun berada dalam tekanan sebab banyak kerja ini tension la tapi kena senyum juga.

“Mulut manis dan minda yang matang kita ada manhaj yang mulia iaitu jalan yang terang iaitu kaedah yang ditunjukkan.

“Lepas kita ada manhaj yang mulia maka masyarakat boleh maju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO 2021 yang turut dihadiri oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan dan Ketua-ketua Penerangan UMNO Negeri.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian turut mengimbau kembali sejarah di Melaka iaitu keris Taming Sri digunakan untuk berperang melawan musuh.

Namun jelas beliau, kini telefon pintar adalah ‘senjata’ pada masa ini kerana ianya berperanan sebagai medium menyebarkan idelogi tertentu termasuk perihal perkembangan semasa termasuk politik.

“Jika dahulu Hang Tuah membunuh Hang Jebat apa kerisnya… Taming Sari tetapi kini telefon pintar adalah Taming Sari moden.

“Ini adalah Taming Sari moden hari-hari kita berbahas dan berdebat bukan hanya pidato tetapi melakukan penulisan dan sebagainya menggunakan telefon pintar ini.

“Dinamika PRU15 dan mudah-mudahan bila kita berhadapan dengan pengundi baharu ini kita boleh memberikan idea-idea yang bernas bukan hanya dalam bentuk pidato tetapi juga dalam hal yang lain,” ujar beliau.

Pertandingan Pidato Piala Presiden 2021 bermula hari ini dengan 39 peserta bertanding merebut gelaran juara.

Penganjuran pertandingan juga berlangsung dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) serta dilakukan tanpa kehadiran penonton.

Bagaimanapun keseluruhan pertandingan ini akan disiarkan secara langsung di platform Facebook dan Youtube UMNO Online.

Kesemua peserta ini dipilih setelah menyertai Pertandingan Pidato Online mewakili bahagian dan tiga terbaik secara automatik akan bertanding di peringkat kebangsaan.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Penerangan UMNO Malaysia (PUMAS) yang bermula di Negeri pada 9 hingga 31 Ogos lalu. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.