Berbaki 10 Peserta, Juara Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO 2021 Akan Dinobat Petang Ini

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Seramai 29 peserta Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO 2021 telah selesai menyampaikan hujah masing-masing pada hari pertama yang berlangsung semalam.

Hari ini yang merupakan hari kedua dan hari terakhir pertandingan akan menyaksikan 10 lagi peserta yang akan tampil dengan kebolehan masing-masing untuk menyampaikan pandangan mereka khususnya menari tumpuan serta perhatian para juri pertandingan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan yang dijangka akan berlangsung pada sebelah petang nanti.

Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO 2021 membuka tirainya semalam dengan  perasmian dilakukan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan di Auditorium Menara Dato’ Onn.

Setiap peserta akan melakukan pidato secara penggiliran bagi merebut gelaran juara.

Penganjuran pertandingan ini juga berlangsung dengan pematuhan SOP serta dilakukan tanpa kehadiran penonton dan ianya disiarkan secara langsung di platform Facebook dan Youtube UMNO Online.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.