Kerajaan Peruntuk RM21 Juta Laksana Program PEKB Tahun Ini

MELAKA, 26 Okt – Kerajaan memperuntukkan RM21 juta bagi melaksanakan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) dengan sasaran 2,000 peserta tahun ini. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM11 juta diluluskan menerusi bajet pembangunan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) manakala RM10 juta menerusi bajet Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA). […]

» Read more

PRN: Pentadbiran PH Dan BN Di Melaka Bagai Langit Dan Bumi

JASIN, 26 Okt – Pentadbiran Pakatan Harapan (BN) dan Barisan Nasional (BN) diibaratkan seperti langit dan bumi dalam menerajui pentadbiran Negeri Melaka. Perkara itu diluahkan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Norhisyam Mohamad yang mengharapkan BN kembali memimpin untuk kembali menjayakan ekonomi negeri bersejarah itu. “Sejak dari merdeka sehingga sekarang memang banyak perubahan dan kebajikan kepada rakyat… memang terbela […]

» Read more

Pemuda UMNO Perkasakan Platform Media Sosial Sepanjang Kempen PRN Melaka – Dr Asyraf

  KUALA LUMPUR, 26 Okt – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pergerakan itu akan memperhalusi gerak kerja terutamanya tentang Prosedur Operasi Standard (SOP)  yang telah diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini. Jelasnya,  apa jua garis panduan yang dikeluarkan oleh KKM, Pemuda UMNO akan mematuhinya dalam usaha melicikan gerak kerja terutama  memastikan keselamatan rakyat Melaka […]

» Read more

UMNO Terus Dekati Anak Muda, Semai Pemahaman Terhadap Perjuangan Parti – Mohd Nizar

PEKAN, 28 Okt – UMNO tidak pernah meminggirkan suara generasi muda dalam agenda perjuangan bagi membentuk masa depan parti yang kukuh, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pekan, Datuk Mohd Nizar Mohd Najib. Walaupun begitu katanya, Pemuda UMNO Pekan akan terus aktif dan agresif bagi menambat hati pengundi muda untuk sama-sama dalam perjuangan UMNO dengan penekanan terhadap memahami aspirasi golongan ini. […]

» Read more

Dewan Negara Lulus Rang Undang-Undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020 yang bertujuan menambah baik pentadbiran levi keuntungan luar biasa. Rang Undang-Undang yang dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan I Mohd Shahar Abdullah itu diluluskan dengan suara terbanyak Ahli Dewan Negara selepas bacaan kali ketiga. Terdahulu, seramai tujuh senator mengambil bahagian pada sesi perbahasan Rang […]

» Read more

Malaysia Sokong Penuh Keputusan Pengerusi ASEAN Berhubung Perwakilan Myanmar – PM

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Malaysia menyokong penuh keputusan Brunei selaku Pengerusi ASEAN, berhubung isu perwakilan dari Myanmar pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 serta Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata demikian menerusi Twitternya ketika mengulas kenyataan Malaysia pada sidang kemuncak tiga hari yang bermula Selasa yang diadakan secara maya. Ketika mesyuarat […]

» Read more

Kerajaan Pahang Terima Hasil RM52 Juta Daripada GLC Selepas Tangani Isu Ketirisan

KUANTAN, 26 Okt – Kerajaan Pahang memperoleh hasil sebanyak RM52 juta daripada 40 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri pada tahun ini, apabila ia berjaya menangani isu ketirisan dan kebocoran hasil yang berlaku. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata jumlah itu dilihat meningkatkan daripada RM20 juta pada tahun sebelumnya, dan RM12 juta pada tahun 2019. Beliau berkata perkembangan […]

» Read more

PRN Melaka: K’jaan Imbangi Tuntutan Keselamatan Dengan Demokrasi – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Kerajaan terpaksa mengimbangi antara tuntutan kesihatan dan keselamatan dengan tuntutan amalan demokrasi dalam meneruskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata kerajaan memahami kebimbangan rakyat, justeru PRN tersebut perlu diadakan dengan bersyarat dan melalui prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. “Apabila kita membuat keputusan untuk sembah […]

» Read more

Arman Azha Angkat Sumpah Senator Hari Ini

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Arman Azha Abu Hanifah mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara, di sini hari ini. Beliau adalah lantikan baharu yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuat kuasa hari ini hingga 25 Okt 2024. Upacara berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais […]

» Read more

FPDA Masih Relevan Bantu Negara Hadapi Cabaran Keselamatan Akan Datang – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) masih relevan walaupun selepas 50 tahun penubuhannya. Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata penjanjian itu masih mampu berperanan membantu negara menghadapi cabaran keselamatan pada masa akan datang. “Setiap negara anggota bertekad untuk saling berunding mengenai langkah-langkah yang harus diambil sekiranya berlaku ancaman luar terhadap Malaysia dan Singapura,” katanya […]

» Read more
1 1,132 1,133 1,134 1,135 1,136 1,947