PRN Melaka: UMNO Sedia Gempur, Yakin Rampas Pengkalan Batu Dan Bukit Katil Dari PH

HANG TUAH JAYA, 27 Okt – Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali meluahkan keyakinan beliau untuk Barisan Nasional (BN) merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu dan Bukit Katil pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan hadapan. Jelas beliau, BN tentunya akan mempertaruhkan calon yang berkaliber bagi memenangi hati pengundi untuk mengalahkan calon […]

» Read more

RUU Perbekalan 2022 Dijangka Dibaca Kali Pertama Di Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 bagi bacaan kali pertama dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, rang undang-undang itu akan dikemukakan oleh Menteri Kewangan. Selain itu, Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021 turut dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Dalam Negeri hari ini. Pada sesi jawab lisan […]

» Read more

Al-Quran Sumber Semua Cabang Ilmu Pengetahuan – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 27 Okt – Al-Quran merupakan sumber intelektual dan spiritual Islam yang merupakan asas bukan hanya bagi agama dan kerohanian semata-mata, tetapi juga semua cabang ilmu pengetahuan termasuk teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata al-Quran menganjur dan mendorong umat Islam agar menuntut ilmu, mempelajari, menganalisis serta menggunakan akal yang dikurniakan Allah untuk dimanfaatkan. Ismail Sabri […]

» Read more

Najib Saman Tommy Thomas Berhubung Dakwaan Salah Guna Kuasa Mendakwanya Dalam Skandal 1MDB

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasa untuk mendakwanya dalam beberapa kes termasuk membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menuntut ganti rugi lebih RM1.9 juta. Bekas perdana menteri itu memfailkan saman tersebut menerusi Tetuan Raj, Ong & Yudistra di Mahkamah Tinggi di sini […]

» Read more

Kerajaan Peruntuk RM21 Juta Laksana Program PEKB Tahun Ini

MELAKA, 26 Okt – Kerajaan memperuntukkan RM21 juta bagi melaksanakan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) dengan sasaran 2,000 peserta tahun ini. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM11 juta diluluskan menerusi bajet pembangunan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) manakala RM10 juta menerusi bajet Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA). […]

» Read more

PRN: Pentadbiran PH Dan BN Di Melaka Bagai Langit Dan Bumi

JASIN, 26 Okt – Pentadbiran Pakatan Harapan (BN) dan Barisan Nasional (BN) diibaratkan seperti langit dan bumi dalam menerajui pentadbiran Negeri Melaka. Perkara itu diluahkan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Norhisyam Mohamad yang mengharapkan BN kembali memimpin untuk kembali menjayakan ekonomi negeri bersejarah itu. “Sejak dari merdeka sehingga sekarang memang banyak perubahan dan kebajikan kepada rakyat… memang terbela […]

» Read more

Pemuda UMNO Perkasakan Platform Media Sosial Sepanjang Kempen PRN Melaka – Dr Asyraf

  KUALA LUMPUR, 26 Okt – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pergerakan itu akan memperhalusi gerak kerja terutamanya tentang Prosedur Operasi Standard (SOP)  yang telah diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini. Jelasnya,  apa jua garis panduan yang dikeluarkan oleh KKM, Pemuda UMNO akan mematuhinya dalam usaha melicikan gerak kerja terutama  memastikan keselamatan rakyat Melaka […]

» Read more

UMNO Terus Dekati Anak Muda, Semai Pemahaman Terhadap Perjuangan Parti – Mohd Nizar

PEKAN, 28 Okt – UMNO tidak pernah meminggirkan suara generasi muda dalam agenda perjuangan bagi membentuk masa depan parti yang kukuh, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pekan, Datuk Mohd Nizar Mohd Najib. Walaupun begitu katanya, Pemuda UMNO Pekan akan terus aktif dan agresif bagi menambat hati pengundi muda untuk sama-sama dalam perjuangan UMNO dengan penekanan terhadap memahami aspirasi golongan ini. […]

» Read more

Dewan Negara Lulus Rang Undang-Undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020 yang bertujuan menambah baik pentadbiran levi keuntungan luar biasa. Rang Undang-Undang yang dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan I Mohd Shahar Abdullah itu diluluskan dengan suara terbanyak Ahli Dewan Negara selepas bacaan kali ketiga. Terdahulu, seramai tujuh senator mengambil bahagian pada sesi perbahasan Rang […]

» Read more

Malaysia Sokong Penuh Keputusan Pengerusi ASEAN Berhubung Perwakilan Myanmar – PM

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Malaysia menyokong penuh keputusan Brunei selaku Pengerusi ASEAN, berhubung isu perwakilan dari Myanmar pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 serta Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata demikian menerusi Twitternya ketika mengulas kenyataan Malaysia pada sidang kemuncak tiga hari yang bermula Selasa yang diadakan secara maya. Ketika mesyuarat […]

» Read more
1 1,112 1,113 1,114 1,115 1,116 1,928