Institusi Pendidikan Mara Disaran Wujud Alumni WSC

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Institusi Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (IPMA) disaran supaya mewujudkan sebuah alumni dalam kalangan pelajar mereka yang telah menyertai Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC). Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata langkah itu penting bagi membina kesinambungan program selain menjadi platform mengumpul kepakaran dan bakat yang boleh diperluas demi kesejahteraan rakyat. “Tahun ini bukan kali […]

» Baca lanjut

RMK-12 Diharap Kembalikan Semula Populasi ‘Diamond Society’ – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) mampu mengembalikan semula penstrukturan semula masyarakat yang berubah sejak serangan pandemik COVID-19. Katanya ini termasuk konsep diamond society iaitu ianya membentuk populasi golongan pertengahan lebih ramai berbanding yang lain. “Menyentuh berkenaan penstrukturan semula masyarakat kita semua sedia maklum kesan besar […]

» Baca lanjut

UMNO Melaka Bersedia Jika Pilihan Raya Negeri Diadakan

MELAKA, 4 Okt – UMNO Melaka menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam untuk meleraikan masalah kekalutan politik negeri ketika ini, namun sudah bersedia sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusuh berkata menurut Perkara 19(2) Perlembagaan Negeri (Melaka), Tun Mohd Ali boleh ‘prorogue’ atau membubarkan Dewan Undangan Negeri […]

» Baca lanjut

Kerajaan Kenal Pasti Peluang Rancak Pembangunan Pantai Timur- Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Kerajaan sedang mengenal pasti peluang merancakkan pembangunan di Pantai Timur serta memastikan projek-projek yang dilaksanakan di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjalan lancar, kata Perdana Menteri. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi perkongsian di laman sosial Facebooknya berkata dengan strategi yang baik, Pantai Timur dan Malaysia amnya pasti dapat menarik lebih banyak […]

» Baca lanjut

Beri Sabah Kuasa Autonomi Urus Dana Pembangunan Ekonomi – Bung Moktar

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Sabah perlu diberi autonomi bagi mengurus sendiri dana ekonomi dan pembangunan khusus untuk negeri itu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi membolehkannya keluar dari status negeri miskin di negara ini. Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang menegaskan perkara itu dalam sesi perbahasan RMK12 di Dewan Rakyat hari ini, berkata ini memandangkan negeri itu […]

» Baca lanjut

Berikan Mandat Kepada Rakyat Melaka Tentukan Kerajaan Negeri Baharu – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan rakyat Melaka harus diberikan semula mandat untuk memilih kerajaan baharu melalui proses pilihan raya negeri (PRN). Beliau juga turut menyatakan bahawa tidak mempunyai masalah untuk UMNO kehilangan negeri berkenaan asalkan keputusannya dikembalikan kepada rakyat. “Saya tidak mengapa kehilangan kerajaan negeri yang dikuasai parti saya tapi tunggulah. […]

» Baca lanjut

Kes Baharu COVID-19 Terus Menurun Kepada 8,075 Hari Ini – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Kes baharu COVID-19 dalam negara terus mencatatkan penurunan dengan 8,075 kes direkodkan setakat tengah hari ini, berbanding 9,066 kes semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman sosialnya berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan kumulatif kes kini berjumlah 2,285,640. Sarawak kekal negeri dengan kes baharu tertinggi sebanyak 1,189 diikuti Kelantan (1,020); […]

» Baca lanjut

Dos Penggalak: Kerajaan Disyor Laksana Kaedah Guna Vaksin Berbeza Dos Asal – Khairy

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Kerajaan disyor untuk meneruskan dengan heterologous vaccination atau penggunaan vaksin yang berbeza daripada vaksin asal yang diterima oleh seseorang individu, menerusi pemberian dos penggalak bermula bulan ini. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata syor itu dikemukakan Jawatankuasa Kecil Teknikal yang dipengerusikan Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal, Institut kesihatan Negara (NIH) Dr Kalaiarasu M. Peariasamy kepada Jawatankuasa Khas […]

» Baca lanjut

Hisamudin Antara Tiga Angkat Sumpah Sebagai Senator

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Ahli Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Hisamudin Yahaya antara tiga individu mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara, di sini hari ini. Beliau adalah lantikan baharu yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuat kuasa mulai hari ini hingga 3 Okt 2023. Upacara mengangkat sumpah dilakukan di hadapan […]

» Baca lanjut

Kerja Kuat Penting Untuk UMNO Dapatkan Mandat Rakyat – Shamsul Anuar

LENGGONG, 4 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berpandangan membentuk kerajaan dengan mendapat mandat daripada rakyat adalah sangat penting bagi UMNO. Katanya ini kerana melalui cara ini ia memberikan keyakinan pelbagai pihak kepada kerajaan malah dengan sendirinya akan memudahkan segala agenda yang dirancang. “Namun demikian kita mesti bekerja kuat, tanpa menanti pengumuman […]

» Baca lanjut
1 1,100 1,101 1,102 1,103 1,104 1,892