TPM Saran Insentif SHAKAM Dinaikkan Tiga Kali Ganda

BANGI, 12 Julai – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan agar nilai ganjaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) dinaikkan tiga kali ganda pada 2024 sebagai insentif kepada atlet negara yang mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Berucap pada Majlis Penyampaian SHAKAM 2023 di sini malam ini, beliau berkata insentif ketika ini dirasakan tidak mencukupi jika dibandingkan […]

» Read more

Tangani Isu Penerokaan Haram REE Secara Serius, Elak Berlaku Di Kawasan Lain

SIK, 12 Julai – Isu penerokaan unsur nadir bumi (REE) secara haram di Hutan Simpan Bukit Enggang di sini dikhuatiri boleh berlaku di kawasan lain sekitar daerah ini jika pihak yang berkenaan tidak mengambil langkah serius untuk menangani perkara itu. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri Mahadzir Abdul Hamid berkata ini kerana REE bukan sahaja terdapat di hutan simpan terbabit […]

» Read more

Isu Kewarganegaraan: Cadangan Pindaan Dipersembah Kepada Majlis Raja-Raja Selepas PRN

PUTRAJAYA, 12 Julai – Lapan cadangan pindaan kepada keseluruhan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan berhubung isu kewarganegaraan akan dipersembah dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini selesai. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan sedang menyediakan dokumen pembentangan mengenai kesemua cadangan yang dikemukakan dengan mengambil kira […]

» Read more

Depani PRN… Dr Asyraf Gesa Ahli UMNO Tolak Propaganda PN

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa semua ahli UMNO untuk menolak apa jua jenis propaganda yang sengaja ditimbulkan oleh pihak lawan iaitu Perikatan Nasional (PN) terutamanya dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak. Tegasnya, propaganda yang sering dimainkan oleh PN ini meliputi isu kerjasama Barisan Nasional (BN) – Pakatan Harapan (PH) untuk […]

» Read more

PRN: Golongan Muda, Undi18 Kini Semakin Bijak Buat Pilihan – Fikhran

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Fikhran Hamshi Mohamad Fatmi berpandangan pengundi baharu berusia 18 tahun kini tentunya semakin bijak membuat pilihan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak. Jelas beliau, mereka matang dalam menyemak fakta membabitkan isu-isu yang dibangkitkan termasuk menepis pelbagai sentimen dibawa pembangkang. “Untuk undi 18 ini kita lihat pada Pilihan Raya Umum ke-15 […]

» Read more

PRN: UMNO P.Pinang Bakal Bertanding Enam Kerusi DUN

GEORGE TOWN, 12 Julai – UMNO Pulau Pinang akan bertanding di enam daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang 12 Ogos nanti, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir. “Setakat ini, enam kerusi sah UMNO bertanding di Pulau Pinang iaitu kita akan pertahankan dua kerusi di DUN Permatang Berangan dan […]

» Read more

PN Dibentuk Atas Dasar Pengkhianatan Yang Pernah Dilakukan Mereka – Imran

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor berpandangan gabungan Perikatan Nasional (PN) dibentuk atas dasar pengkhianatan yang pernah dilakukan mereka. Ketuanya, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata ini kerana Pas dan PPBM merasakan kerjasama sebelum ini dengan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN) termasuk Muafakat Nasional (MN) tidak membawa keuntungan kepada mereka. “Mereka membentuk satu gabungan baharu atas […]

» Read more

PRN: BN Perlu Tampil Lebih Calon Muka Baharu, Beri Suasana ‘Segar’

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Barisan Nasional (BN) perlu menampilkan lebih ramai calon muka baharu dalam gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini, kata Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata ia bagi menampilkan sesuatu yang lebih ‘segar’ daripada parti itu pada PRN Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri […]

» Read more

Internet Pantas Di Kawasan FELDA Bantu Peneroka Pasar Produk

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Perkhidmatan internet pantas atau capaian rangkaian 5G di kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan membantu peneroka memasarkan produk mereka, kata Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata dengan perkhidmatan internet pantas dapat meningkatkan ekonomi digital seperti membantu peneroka memasarkan produk dalam dan luar negara serta turut terlibat dalam e-dagang. “Internet merupakan perkara yang […]

» Read more

PRN: Kerajaan Perpaduan Telah Muktamadkan Pembahagian Kerusi Di Enam Negeri

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan telah memuktamadkan pembahagian kerusi di enam negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. Perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut malam ini. “(Pembahagian kerusi) telah dimuktamadkan di semua negeri, ada satu dan dua negeri sahaja (yang ada persoalan) kita akan […]

» Read more
1 1,094 1,095 1,096 1,097 1,098 2,353