Banjir: Tak Perlu Ungkit Mengungkit Tuding Jari Dalam Parlimen, Rakyat Menilai – Azeez

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Ahli Parlimen Baling merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim menekankan bahawa Persidangan Khas Pengurusan Bantuan Banjir yang diadakan di Parlimen adalah untuk bagaimana bergerak ke hadapan dan bukannya menuding jari. Beliau yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia berkata demikian ketika mencelah dalam sesi perbahasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri […]

» Read more

PRN Tidak Ganggu Sistem Penyampaian Kerajaan – MB Johor

JOHOR BAHRU, 20 Jan – Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad memberi jaminan bahawa sistem penyampaian kerajaan negeri tidak akan terganggu jika Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan di negeri ini. Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata jentera kerajaan akan terus berfungsi sepanjang tempoh itu. “Sekiranya kerajaan negeri memutuskan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri…visi kerajaan tidak akan […]

» Read more

Isu RFID: Reezal Merican Merawat Keresahan Rakyat Kepala Batas

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata isu sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) sedang hangat diperkatakan di media ketika ini termasuklah di kawasan Parlimennya sendiri. Katanya, di kawasan beliau sendiri, isu ini terjadi di Tol Bertam dan ia menyukarkan urusan penduduk di sini. “Semalam semasa mesyuarat Jemaah Menteri, saya turut […]

» Read more

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Pembangkang Cuba Alih Perhatian

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Dewan Rakyat pagi tadi kecoh seketika apabila beberapa ahli parlimen pembangkang dilihat cuba mengalih perhatian pada Mesyuarat Khas keempat Penggal ke-14 setelah bangkit mendesak agar dalam mesyuarat berkenaan turut dibahaskan skandal pemilikan saham oleh Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun kemudiannya mententeramkan suasana […]

» Read more

PBT Perlu Selesaikan Masalah Longkang Tersumbat, Elak Banjir Kilat Berulang – MB Perak

IPOH, 20 Jan – Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu turun padang dan mengambil langkah sewajarnya kepada masalah longkang tersumbat, sebelum banjir kilat berlaku di kawasan berisiko sekali gus memberi kesan kepada masyarakat setempat. Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata tindakan proaktif itu juga menuntut kebersamaan masyarakat dalam memastikan saluran longkang mengalir dengan baik tanpa sebarang halangan khasnya ketika […]

» Read more

Banjir: Lebih RM125 Juta Bantuan Wang Ihsan Telah Disalur – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Sejumlah RM125.504 juta telah disalurkan kepada negeri-negeri yang terjejas banjir bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah sehingga semalam. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagi mangsa-mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan banjir (PPS), prestasi pengagihan adalah 97.3 peratus daripada bilangan ketua isi rumah yang layak […]

» Read more

PM Ismail Sabri Jelaskan Kekangan Operasi Pemindahan Banjir Di Selangor 18 Dis Lalu

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Walaupun pasukan penyelamat yang terlibat operasi pengurusan banjir telah menggerakkan aset dalam kejadian di Selangor 18 Dis lalu, namun beberapa kekangan telah menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk meneruskan operasi. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata ia termasuk kesukaran bot-bot penyelamat untuk bergerak di dalam kawasan banjir, kerana tersangkut pada kenderaan yang tenggelam di kawasan terjejas. […]

» Read more

Perjuangan UMNO Beri Pengertian Mendalam, Pertahan Agama, Bangsa, Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggambarkan tanggungjawab digalas beliau dalam memimpin parti adalah suatu amanah yang membawa pengertian mendalam bagi dirinya. Katanya ini kerana, beliau perlu memastikan bahawa parti keramat ini perlu dilihat unggul dalam menjadi milik kepada 3.3 juta ahlinya di samping memberikan perkhidmatan terbaik buat rakyat. “Peranan institusi Presiden UMNO […]

» Read more

RFID: Kabinet Putus Pengguna Perlu Diberi Pilihan Untuk Pembayaran Tol

PUTRAJAYA, 20 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengguna jalan raya mesti diberi pilihan untuk pembayaran tol sama ada mahu menggunakan sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), Touch ‘n Go (TnG) atau SmartTAG. Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet hari ini yang berpendapat pengguna mesti diberi pilihan seperti sewaktu TnG diperkenalkan di peringkat awal dengan […]

» Read more

UMNO Sentiasa Pelbagaikan Pendekatan Gerak Kerja, Santuni Kelompok Anak Muda – Shahril

Bangi, 20 Jan – Kepelbagaian pendekatan dalam menyantuni masyarakat termasuklah golongan mahasiswa antara penekanan yang diutamakan agar setiap langkah yang diatur tidak terhad kepada aspek tertentu sahaja. Ketua Penerangan UMNO merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan berkata perlawanan bola sepak bersama mahasiswa antara salah satu pendekatan selain beberapa langkah lain dalam usaha menyantuni golongan tersebut. “Malam tadi, alhamdulillah selesai […]

» Read more
1 1,016 1,017 1,018 1,019 1,020 1,901