Sambutan 76 Tahun: RTM Perlu ‘Rejuvenasi’ Untuk Kekal Relevan – Annuar

KUALA LUMPUR, 1 April – Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu diberi proses ‘rejuvenasi’ atau ‘meremajakan’ supaya dapat bersaing dan terus kekal relevan dalam perkhidmatan penyiaran masa kini. Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata RTM perlu menyesuaikan diri dan bersedia menghadapi sebarang perubahan dari semua sudut khususnya berkaitan dengan perkhidmatan yang diberi. “Dalam erti kata lain, RTM […]

» Read more

Melaka Tunggu Lampu Hijau Persekutuan Untuk Operasi Semula ICQ

ALOR GAJAH, 1 April – Kerajaan Negeri Melaka masih menunggu kelulusan daripada kerajaan Persekutuan bagi pengoperasian semula Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Terminal Feri Antarabangsa Melaka-Dumai di Banda Hilir di sini. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata pengoperasian kompleks itu melibatkan beberapa prosedur yang perlu dipatuhi termasuk prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 selain perbincangan pembukaan sempadan […]

» Read more

Ismail Sabri Ucap Takziah Kepada Keluarga Wakil Tetap Malaysia Ke ASEAN

KUALA LUMPUR, 1 April – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN Kamsiah Kamaruddin yang meninggal dunia semalam. Menerusi catatan di Facebook hari ini, Ismail Sabri berharap mereka sabar dan tabah menghadapi pemergian itu. “Didoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan bersama-sama para solihin,” menurut catatan […]

» Read more

‘Semak Dan Imbang’ Sentiasa Boleh Dilakukan Terhadap GLC Pahang – MB

KUANTAN, 1 April – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini memberi jaminan bahawa ‘semak dan imbang’ sentiasa boleh dilakukan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri itu walaupun jika syarikat terlibat tidak diaudit oleh Jabatan Audit Negara. Beliau berkata audit sentiasa dilakukan sama ada secara dalaman atau oleh pihak audit luar, selain kerajaan negeri turut […]

» Read more

Agong, Raja Permaisuri Zahir Takziah Kepada Keluarga Wakil Tetap Malaysia Ke ASEAN

KUALA LUMPUR, 1 April – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN Kamsiah Kamaruddin, yang meninggal dunia semalam. Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Menerusi catatan dalam laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian […]

» Read more

Pasca Perhimpunan Agung UMNO: Masa Bekerja, Berkhidmat… Terus Bersama Rakyat Pulihkan Negara

SELEPAS dua minggu Perhimpunan Agung UMNO 2021 melabuhkan tirai, para pemimpin parti termasuk perwakilan mula bekerja dengan memikul amanah sebagaimana harapan untuk melihat UMNO kembali menerajui pentadbiran negara. Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hingga kini ternyata terlalu banyak peristiwa yang telah menjadi penilaian dan perbandingan bukan hanya dikalangan anggota UMNO atau parti-parti politik, malah rakyat keseluruhan termasuk yang sebelum […]

» Read more

Kisah Rakyat Malaysia Warnai Pembukaan Semula Tambak Johor

JOHOR BAHRU, 1 April – Pelbagai cerita rakyat Malaysia yang baru pulang dari Singapura mewarnai dan menghidupkan semula Tambak Johor yang ‘sepi’ sejak dua tahun lamanya apabila sempadan negara ditutup pada 18 Mac 2020. Solidariti terpancar dalam kalangan warga tempatan apabila ada yang menyanyikan lagu Negaraku ketika berjalan kaki merentasi Tambak Johor dan ada bersorak kegembiraan menyambut kepulangan mereka sebaik […]

» Read more

TCA Dijangka Jadi Kuartet Dengan Penyertaan Brunei – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Perjanjian Kerjasama Trilateral (TCA) Malaysia, Indonesia dan Filipina akan dihidupkan semula sebagai Perjanjian Kerjasama Kuartet empat negara, yang turut melibatkan negara Brunei, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata penyertaan Brunei telah dibincangkan oleh beliau dan rakan sejawatnya dari Brunei Pehin Awang Halbi Mohd Yussof semasa mesyuarat dua hala, yang diadakan […]

» Read more

Fasa Peralihan Endemik: Orang Ramai Diingatkan Tidak Lalai

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Orang ramai diingatkan untuk tidak lalai dan mengamalkan kawalan kendiri meskipun negara bakal memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula esok. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata dalam fasa itu, orang ramai masih perlu terus memakai pelitup muka serta mengamalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, Seek – Uji, Lapor, Asing, Maklum, Dapatkan Rawatan) untuk mencegah dan mengawal […]

» Read more

Lebih 1.3 Juta Populasi Kanak-Kanak Di Malaysia Terima Vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Sebanyak 1,323,892 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun atau 37.3 peratus populasi itu di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam. Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,851,056 individu atau 91.6 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi […]

» Read more
1 1,003 1,004 1,005 1,006 1,007 1,960