Perdana Menteri Doakan Kesembuhan Agong, Raja Permaisuri

KUALA LUMPUR, 4 April – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan kesembuhan dan kesihatan yang baik untuk Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Menerusi catatan di akaun Facebook malam tadi, Perdana Menteri berkata seluruh Keluarga Malaysia turut menitipkan doa yang sama buat Seri Paduka berdua. […]

» Read more

Kunjungan Kedua PM Ke Indonesia Perkukuh Hubungan Sosial, Kerjasama Ekonomi

JAKARTA, 2 April – Lawatan kedua Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Indonesia yang berakhir hari ini berjaya mengukuhkan lagi hubungan sosial dan ekonomi yang sedia terjalin erat antara republik itu dengan Malaysia. Keakraban dua pemimpin terserlah ketika Ismail Sabri bertemu Presiden Joko Widodo, atau lebih mesra dipanggil Jokowi, dan sesi ‘veranda talk’ di Istana Merdeka yang berlangsung […]

» Read more

Penjawat Awam Negeri Diseru Sertai Koperasi – Sulaiman

ALOR GAJAH, 2 April – Kerajaan negeri kini dalam rangka perbincangan untuk memperkenalkan kaedah yang lebih efisien agar lebih ramai penjawat awam di Melaka berdaftar sebagai ahli Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad. Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata kerajaan negeri sangat mengalu-alukan penjawat awam negeri Melaka menyertainya walaupun ia tidak diwajibkan. “Perancangan untuk menggalakkan lebih ramai penjawat […]

» Read more

Salam Ramadan, Manfaatkan Bulan Terbaik Rebut Pahala Berlipat Ganda – Ahmad Zahid

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH, DAN SALAM RAMADAN AL-MUBARAK. BISMILLAHHIRROHMANIRROHIM, SEGALA PUJI ALLAH SWT SERTA SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kita diberi peluang bertemu dengan bulan Ramadan pada tahun ini. Bulan yang penuh keberkatan yang dijanjikan Rasulullah S.A.W, iaitu apabila sampai bulan Ramadan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan […]

» Read more

Pengeluaran RM10K Tidak Memberi Kesan Terhadap Portfolio Dan Strategi KWSP – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 2 April – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan pengeluaran Khas RM10,000 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak memberi kesan terhadap pelaburan institusi tersebut. Katanya, pengeluaran ini akan mengimbangi portfolio bagi mengatasi kesan prestasi pelaburannya. “Ternyata benarlah hujah saya selama ini (walaupun setiap hari dikecam di ruangan facebook (FB) saya) bahawa kesan pengeluran […]

» Read more

Buktikan Penggunaan ‘One Off’ KWSP Secara Bijak – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 2 April – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan kesyukuran permohonan untuk pencarum mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah pun dibuka. Jelasnya, jumlah dibenarkan ‘one-off’ sehingga RM10,000, maka gunakanlah ia untuk manfaat yang terbaik apabila diterima kelak. “Ayuh rakyat Malaysia kita buktikan bahawa kita adalah masyarakat yang bijak dan berhemah dalam menggunakan wang […]

» Read more

Pendedahan Tun M: Apakah Jaminan Kepada Negara Akan Terus Stabil? – Dr Asyraf Wajdi

KUALA  LUMPUR, 1 April – Pendedahan Tun Dr Mahathir Mohammad hari ini yang mendakwa bekas perdana menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta sokongannya dalam usaha untuk menjadi perdana menteri sekali lagi menimbulkan perbualan di kalangan orang-orang politik. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut berkongsi mengenainya di Facebook beliau dengan menimbulkan beberapa persoalan yang cukup […]

» Read more

Malaysia, Indonesia Tingkat Kerjasama Pelaburan, Komoditi – PM Ismail Sabri

JAKARTA, 1 April – Pembangunan di kawasan sempadan Malaysia dan Indonesia akan diperhebatkan susulan pembukaan ibu negara Indonesia yang baharu, Nusantara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata kerajaan akan mengenal pasti kawasan-kawasan yang perlu dibangunkan itu sama ada di Malaysia atau di sebelah Indonesia. “Saya berterima kasih kerana Bapak Presiden (Joko Widodo) bersetuju untuk kita turut […]

» Read more

UMNO Terus Tekad Bawa Suara, Angkat Masalah Masyarakat Untuk Dibantu

KUALA LUMPUR, 1 April – Ketua UMNO bahagian Pagoh, Ismail Mohamad terus bertekad untuk membawa suara rakyat khususnya permasalahan masyarakat setempat dalam usaha membantu menyelesaikan permasalahan yang timbul. Atas tekad berkenaan, beliau terus memperjuangkan soal perumahan generasi kedua Felda Maokil, perumahan mampu milik Pekan Lenga serta pembinaan rumah asnaf di Bukit Kepong yang sebelum ini turut disuarakan. Menurut beliau permasalahan […]

» Read more

Malaysia, Indonesia Meterai MoU Pengambilan Dan Perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia

JAKARTA, 1 April – Malaysia dan Indonesia hari ini memeterai memorandum persefahaman bagi pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (MoU PDI) di Malaysia. Pemeteraian MoU itu disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia Joko Widodo di Istana Merdeka di sini. Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan mewakili Malaysia dan Indonesia diwakili Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah. […]

» Read more
1 1,002 1,003 1,004 1,005 1,006 1,960