Pengeluaran RM10K Tidak Memberi Kesan Terhadap Portfolio Dan Strategi KWSP – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 2 April – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan pengeluaran Khas RM10,000 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak memberi kesan terhadap pelaburan institusi tersebut.

Katanya, pengeluaran ini akan mengimbangi portfolio bagi mengatasi kesan prestasi pelaburannya.

“Ternyata benarlah hujah saya selama ini (walaupun setiap hari dikecam di ruangan facebook (FB) saya) bahawa kesan pengeluran RM10.000 ‘one-off’ yang dituntut rakyat tidak memberi kesan besar terhadap portfolio dan strategi pelaburan KWSP.

“Saya telah tunjukkan data portfolio aset pelaburan KWSP yang melangkaui RM1 trillion. Manakala pengeluaran kali terakhir tidaklah sampai mendedahkan risiko kecairan dalam pasaran modal mahupun KWSP terpaksa mencairkan aset-aset pelaburan di luar Negara,” katanya menerui satu hantaran di Facebook, hari ini.

Jelas Asyraf, akhirnya kerajaan Malaysia mendengar rintihan rakyat dan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10.000

“Apa-apapun saya ucap terima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan KWSP kerana akhirnya akur kepada tuntutan rakyat yang rata-rata amat memerlukan pengeluaran khas ini,” ujarnya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.