RM220,450 Untuk Rakyat Jelebu Minggu Ini – Jalaluddin

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Bantuan Fokus Kesejahteraan Rakyat Parlimen Jelebu diteruskan lagi hari ini apabila seramai 268 orang menerimanya.

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata bantuan dalam pelbagai sektor  diharap dapat membantu mereka yang memerlukan demi kesejahteraan masyarakat setempat.

“Seramai 268 menerima Bantuan Fokus Kesejahteraan Rakyat Parlimen Jelebu hari ini. Ia merangkumi fokus sara hidup, perubatan, pendidikan dan masyarakat India.

“Hari ini juga saya menyampaikan bantuan Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan dan bantuan peruntukan parlimen,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Jalaluddin seterusnya menambah Kerajaan Perpaduan hari ini sentiasa peka dan prihatin nasib rakyat yang memerlukan.

“Sedikit sebanyak bantuan ini mampu memberi kelegaan buat mereka yang memerlukan, InsyaAllah.

“Dalam ucapan tadi, saya maklumkan bahawa Kerajaan Perpaduan sentiasa berlaku adil dan mengembalikan hak rakyat melalui pelbagai jenis bantuan dan pertolongan.

“Sebagai rakyat pula, saya hanya inginkan satu perkara sahaja iaitu kestabilan. Masyarakat tidak boleh bergaduh dan mengadu domba. Kita harus bermuafakat dan hidup dalam kerukunan kasih sayang dalam komuniti,” tambahnya. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit