Hubungan Baik Kerajaan Negeri Johor, Persekutuan Terus Diperkukuh – Onn Hafiz

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Hubungan baik Kerajaan Negeri Johor dan Persekutuan diharap dapat terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat di negeri itu, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap berpeluang untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Putrajaya.

“Saya berpeluang berjumpa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, di Putrajaya.

“Dalam pertemuan ini, kami membincangkan perkembangan semasa Negeri Johor dan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai aspek penting termasuk pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat, infrastruktur serta kemajuan negeri,” katanya kepada UMNO Online.

Mengulas lanjut, beliau berharap agar usaha untuk mengukuhkan hubungan Kerajaan Negeri Johor dan Persekutuan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pesat negeri tersebut.

“Hubungan baik antara Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan diharap dapat terus diperkukuh demi memastikan kesejahteraan Bangsa Johor serta mempercepatkan usaha memajukan negeri ini ke tahap yang lebih tinggi.

“Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pesat Johor, memperkasa pembangunan negeri dan menjamin kualiti hidup yang lebih baik untuk semua. Insya-Allah,” katanya. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit