Sama-Sama Hayati Ramadan Al-Mubarak – Johari

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani berharap seluruh umat Islam di negara ini dapat menikmati Ramadan yang penuh dengan kenerkatan.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, beliau yang juga Menteri Perladangan Dan Komoditi seterusya berkata hubungan antara satu sama lain juga harus ditingkat dalam usaha mengeratkan ukhuwah sesama insan.

“Di permulaan bulan yang penuh keberkatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat.

“Semoga bulan ini membawa keberkatan, ketenangan, dan kekuatan kepada kita semua sambil menjalani ibadah puasa serta amalan-amalan kebaikan. Moga segala amal diterima dan hati kita dipenuhi dengan rahmat-Nya,” ujarnya.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada hari ini iaitu Ahad 2 Mac. Perkara itu  diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada Jumaat malam.

Syed Danial berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit