Menjelang Ramadan: Ahmad Maslan Sampaikan Sumbangan Moreh Kepada Masjid, Surau

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berbesar hati menyampaikan sumbangan bersempena bulan Ramadan yang bakal menjelma beberapa hari lagi.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya menerusi perkongsian di Facebook memberikan sumbangan moreh kepada 49 masjid dan 117 surau di bawah Parlimen Pontian untuk dimanfaatkan sempena bulan mulia ini.

Penyerahan diberikan kepada wakil masjid dan surau yang dilaksana di Dewan Pusat Khidmat Parlimen, Benut.

Sumbangan itu berikan bagi mengimarahkan masjid dan surau sekaligus merapatkan ukhuwah dan silaturahim antara penduduk sekitar di samping beribadah sempena bulan Ramadan.

Untuk rekod tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi mengisytiharkan hari permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ditetapkan pada 28 Februari atau petang Jumaat depan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan memaklumkan, Majlis Raja-Raja telah bersetuju cara menetapkan tarikh permulaan itu adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit