Pihak Berwajib Perlu Berperikemanusiaan, Atasi Segera Isu Bekalan Air
KINABATANGAN, 17 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Datuk Jafry Ariffin menyeru pihak Jabatan Air Sabah untuk mengambil tindakan yang tuntas dan berperikemanusiaan dalam menangani masalah bekalan air yang sedang dihadapi oleh beberapa kampung di kawasannya.
Ujarnya, keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana bekalan air adalah hak asas setiap rakyat dan sebarang kelewatan dalam menyelesaikan isu ini akan menjejaskan kesejahteraan penduduk.
“Saya menggesa pihak berwajib untuk segera mengambil langkah penyelesaian jangka pendek bagi memastikan penduduk yang terjejas mendapat bekalan air bersih secepat mungkin.
“Selain itu, Jabatan Air Sabah juga memerlukan pelan tindakan jangka panjang bagi memastikan masalah ini tidak berulang pada masa hadapan,” tegasnya dalam satu kenyataan di sini.
Justeru, Jafry berharap agar pihak yang dipertanggungjawabkan dapat bertindak dengan segera dan memastikan hak rakyat untuk mendapatkan bekalan air bersih terus terjamin. – UMNO ONLINE