Hubungan Malaysia-ASEAN Dengan China Perlu Terus Dibina Berasaskan Hormat, Kepercayaan Bersama

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Hubungan Malaysia dan ASEAN dengan China perlu terus dibina berlandaskan hormat dan kepercayaan bersama, terutama dalam memacu industri bernilai tinggi, inovasi serta pembangunan mampan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, ASEAN perlu lebih proaktif dan menerima persaingan kuasa besar, peralihan ekonomi dan peluang kemajuan teknologi termasuk melalui hubungan dengan China.

“Ini sangat penting memandangkan pada 2023, jumlah perdagangan China dan ASEAN telah mencecah hampir AS$1 trilion (AS$1=RM4.42), kira-kira AS$900 bilion, menjadikan China sebagai rakan dagang terbesar ASEAN dan sumber pelaburan langsung asing ketiga terbesar ASEAN,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Persidangan China: Asia Tenggara 2025 di sini, Isnin. – BERNAMA

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit