Akaun Penerangan UMNO Negeri Pahang Adalah Palsu – Shahaniza

KUALA LUMPUR,16 Feb -Ketua Penerangan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin menafikan terdapat kewujudan akaun palsu di media sosial.

Ini kerana adanya akaun palsu yang menyamar menggunakan nama Penerangan UMNO Negeri Pahang dan hantaran yang dikongsi juga dilihat cuba mengelirukan orang ramai melalui berita tidak benar.

“Saya sebagai Ketua Penerangan UMNO Pahang, ingin menegaskan bahawa akaun ini bukan di bawah kelolaan Penerangan UMNO Pahang. Saya menafikan sebarang pemilikan atau kaitan dengan akaun ini.

“Akaun ini telah dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab dan menyebarkan mesej yang tidak selari dengan naratif UMNO Pahang.

“Tindakan tegas akan diambil, termasuk laporan polis dan aduan kepada SKMM,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Beliau turut berkongsi tangkap layar akaun palsu berkenaan dalam hantaran itu dan menasihati agar jangan terpedaya dengan akaun palsu tersebut.

Untuk rekod, SKMM sentiasa memantau memantau penyebaran maklumat palsu di media sosial berkaitan perkembangan semasa dalam negara.

Sebarang perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit