Wanita UMNO Lahad Datu Santuni Mangsa Banjir Melalui Misi Bantuan Skuad Sayang 3K

LAHAD DATU, 13 Feb – Wanita UMNO Lahad Datu dan pasukan Skuad Sayang 3K turun padang menyantuni penduduk yang terkesan akibat banjir yang melanda di daerah ini.

Bendahari Wanita UMNO, Datin Maizatul Akmam Alawi berkata, inisiatif ini mencerminkan komitmen UMNO dalam meneruskan tradisi perjuangan membela rakyat, khususnya apabila mereka ditimpa musibah.

Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, menegaskan bahawa Skuad Sayang 3K berpegang teguh kepada misi membantu komuniti yang memerlukan, terutamanya dalam menghadapi cabaran akibat bencana alam.

“Program sebegini penting dalam memastikan kesejahteraan semua lapisan masyarakat terus terjaga,” katanya kepada UMNO Online.

Maklumnya, Misi Bantuan Banjir Skuad Sayang 3K yang di sini diketuai oleh Ketua Wanita UMNO Lahad Datu, Sitti Royani Rafael, menyampaikan sumbangan berupa kotak makanan serta selimut dan bantal kepada mangsa-mangsa banjir.

“Usaha ini bertujuan meringankan beban mereka yang terkesan dan memastikan kebajikan mereka tetap terbela.

“UMNO Lahad Datu terus komited untuk membantu rakyat dalam apa jua keadaan, sejajar dengan matlamat parti yang sentiasa mengutamakan kebajikan masyarakat,” katanya lagi. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit