Komitmen Kerajaan Untuk Rakyat, Mohd Zaidy Tinjau Projek Naik Taraf Lancar

ROMPIN, 13 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, turun padang bagi memastikan segala perancangan dalam kelangsungan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat berlangsung lancar.

Beliau telah meninjau kemajuan kerja-kerja naik taraf pemasangan longkang di Kampung Balai Cina, di sini yang merupakan inisiatif penting dalam meningkatkan sistem saliran dan mencegah masalah banjir di kawasan terbabit.

Menurut Mohd Zaidy, usaha ini dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan penduduk, terutama dalam menghadapi musim hujan yang boleh menyebabkan limpahan air dan hakisan tanah.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, termasuk kontraktor, pihak berkuasa tempatan, serta penduduk kampung yang sentiasa memberi kerjasama dalam memastikan projek ini berjalan lancar,” katanya.

Beliau turut berharap agar projek ini dapat disiapkan mengikut jadual dengan kualiti kerja yang terbaik demi keselesaan rakyat.

“Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa komited dalam memperbaiki infrastruktur asas bagi memastikan rakyat mendapat kemudahan yang lebih selesa dan selamat,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut menghargai sikap prihatin penduduk Kampung Balai Cina yang sentiasa memberi maklum balas mengenai keperluan di kawasan mereka. Beliau memberi jaminan bahawa kebajikan dan pembangunan di DUN Jeram Padang akan terus menjadi keutamaan. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit