Muafakat Dan Kerjasama Bentuk Kejayaan Pelajar, Seimbang Kejayaan Dunia Dan Akhirat – Rais

TANGGA BATU, 18 Jan – Aspek pendidikan merupakan salah satu perkara yang perlu dititiberatkan dalam usaha meningkatkan kemajuan diri para pelajar sekaligus mampu meningkatkan kejayaan keluarga pada masa depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin berkata begitu juga soal pendidikan agama yang perlu seimbang dengan kejayaan akademik dan atas dasar itulah perkara berkenaan sering diingatkan kepada masyarakat setempat.

“Kita sambung lagi meraikan lagi kejayaan anak-anak di DUN Paya Rumput. Hari ini saya bersama isteri memenuhi undangan untuk hadir ke Majlis Haflah Imtiyaz dan Konvokesyen Tahun 6 2024 bagi SRA JAIM Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, Paya Rumput bertempat di Ballroom, Stadium Hang Jebat, Melaka.

“Selalu saya ingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat agar kita sentiasa menitikberatkan kecemerlangan akademik dan agama yang seimbang.

“Pembelajaran anak-anak dalam subjek Agama Islam di SRA dan juga penglibatan aktiviti kerohanian seperti nasyid, nazam, khat jawi dan pendidikan akhlak mestilah diberikan pendedahan kepada anak-anak kita. Barulah mereka berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau seterusnya berharap kecemerlangan akdemik dan komurikulum oleh para pelajar di institusi berkenaan diteruskan dan ditingkatkan lagi pencapaian masing-masing pada masa akan datang.

“Kombinasi dan muafakat semua pihak khususnya barisan tenaga pengajar serta mereka yang lain termasuklah PIBG, Guru Besar,  barisan Asatizah dan Guru-Guru SRA JAIM Tun Dr Mohd Khalil Yaakob atas komitmen dalam usaha membentuk dan mendorong kejayaan para pelajar selain sokongan padu bagi menjayakan majlis ini. Semoga usaha kalian sentiasa diberkati Ilahi,” tambahnya.- UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit