Pengampunan Diraja: Rakyat Berhak Bertanya, Melibatkan Isu Pemimpin Negara – Fariz

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Fariz Hazurin Ismail menempelak tindakan segelintir pihak yang memutar belit isu pengampunan diraja.

Beliau berkata ia seperti menunjukkan kelemahan dalam memahami konteks pengampunan diraja yang diberikan.

“Kenyataan yang cuba memutar belit isu pengampunan diraja hanya menunjukkan kelemahan pentadbiran beliau secara keseluruhan.

“Diingatkan memberi fokus kepada amanah yang diberi kepadanya. Jangan hanya pandai menyuruh pihak lain berhati-hati dalam soal pengampunan diraja sedangkan amanah beliau sendiri diabaikan.

“Ingat, rakyat berhak bertanya kerana ini melibatkan isu kepercayaan terhadap pemimpin negara,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Respon diberikan Fariz itu rentetan kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Akmal Saleh menerusi akaun Facebook miliknya yang menyentuh berkenaan pengampunan diperolehi Perdana Menteri Ke-10 Lembaga Pengampunan.

Fariz yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Subang dalam pada itu berharap pemimpin muda yang berada dalam Kabinet kerajaan untuk terus fokus dalam menyelesaikan isu-isu membabitkan anak muda.

“Dahulunya lantang berteriak tentang pendidikan percuma, penghapusan hutang PTPTN dan hak anak muda, kini seolah-olah kehilangan taring setelah diberi jawatan Timbalan Menteri.

“Di manakah tindakan konkrit untuk menyelesaikan isu-isu anak muda yang pernah menjadi agenda utamanya?

“Saya mendesak agar berselindung di sebalik nama institusi dan mula menunjukkan keberanian seperti dahulu, bukan sekadar beretorik tanpa hasil,” ujar beliau. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit