Azalina Terima Kunjungan Hormat Duta Qatar Dan AS

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini menerima kunjungan hormat daripada Duta Qatar dan Amerika Syarikat secara berasingan.

Berlangsung di Bangunan Parlimen pagi tadi, Azalina yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia mengadakan pertemuan pertama bersama Duta Qatar ke Malaysia, Salah Mohammed Al-Sorour yang berlangsung bermula 10.30 pagi.

Beliau seterusnya menerima kehadiran Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian D McFeeters pada jam 11 pagi.

Perbincangan tersebut antara lain membincangkan isu-isu semasa negara termasuk berkenaan tuntutan waris Sulu terhadap kerajaan Malaysia, akta anti-lompat parti dan akta membabitkan perlindungan terhadap kanak-kanak.

Kedua-dua pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana mesra.

Pada akhir pertemuan terbabit, Azalina dan kedua-dua duta tersebut melakukan pertukaran cenderamata sebagai penghargaan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.