Ahmad Zahid Rasmi Pembukaan Jambatan Bagan Datuk

BAGAN DATUK, 1 JUN – Jambatan Bagan Datuk melibatkan laluan dari Bagan Datuk ke Kampung Sejagop dibuka hari ini.

Acara simbolik pelancaran itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan pelepasan pasukan penunggang basikal dan motosikal berkuasa besar di jambatan tersebut jam 9.40 pagi tadi.

Terdahulu, Ahmad Zahid melancarkan laluan baharu bas henti-henti Bas Ekspres MARA Liner Sdn. Bhd. (MLSB) (Laluan Bagan Datuk) di pekarangan Masjid Tuminah Hamidi di sini.

Sebelum ini dilaporkan, jambatan sepanjang kira-kira 1.5 kilometer itu yang menghubungkan kawasan Parlimen Pasir Salak dan Bagan Datuk akan menjimatkan masa penduduk untuk ke pekan berdekatan iaitu mengambil masa hanya 15 minit berbanding sejam menggunakan laluan sebelum ini.

Jambatan menyeberangi Sungai Perak itu dilihat dapat membantu pembangunan ekonomi kedua-dua kawasan berkenaan. – BERNAMA

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.