Letakkan Kepentingan Parti Agar Terus Kekal Relevan – Wan Rosdy

BENTONG, 28 Mei – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengharapkan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Selangor dan Negeri Sembilan dapat meletakkan kepentingan parti agar ianya terus kekal relevan.

katanya, dalam perjuangan parti UMNO meletakkan kepentingan agama, bangsa dan negara di hadapan.

“Saya secara konsisten menekankan mauduk ‘Kita Orang Parti’ kepada jentera yang hadir agar sentiasa meletakkan kepentingan parti penting bagi menjadikan UMNO terus kekal relevan memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.

“Dalam situasi politik terkini, ahli-ahli UMNO harus memperkuatkan parti dari diserang musuh luar dan juga dari dalam serta menyeru segala masalah dalaman parti dapat dibendung agar dapat merapatkan kembali saf kepimpinan bagi menghadapi pilihan raya negeri.

“Alhamdulilah, usai menyampaikan Amanat Nakhoda sempena Pemukiman Jentera Pilihan Raya Negeri bagi Negeri Selangor dan Negeri Sembilan di Kem ILMU Janda Baik, Bentong hari ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Menteri Besar Pahang turut berkongsi pengalamannya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 untuk penambahbaikan dan kesesuaian bagi negeri Selangor dan Negeri Sembilan.

“Saya turut berkongsi pengalaman Pahang dalam PRU 15 serta beberapa penambaikan strategi untuk ditambah nilai dan disesuaikan pendekatan di lokaliti Selangor dan Negeri Sembilan.

“Insya-Allah kita yakin dan percaya dengan semangat dan iltizam yang ditonjolkan oleh jentera parti pada hari ini, kita akan bangkit dan mampu mencipta kemenangan melalui semangat kerjasama Kerajaan Perpaduan,” jelas beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.