Santuni Wanita UMNO Di Johor, Ziarah Terus Erat Silaturahim

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Wanita UMNO Malaysia terus konsisten mengeratkan silaturahim dalam kalangan mereka apabila melakukan kunjungan ke Johor.

Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menerusi catatan di Facebook memaklumkan bahawa beliau berkesempatan meluangkan masa ke Batu Pahat bagi melakukan ziarah ke rumah Ketua Wanita UMNO Bahagian, Haliza Abdullah.

“Ketibaan kami disambut oleh Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat, Naib Ketua UMNO Bahagian dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian.

“Ada bersama adalah rakan-rakan Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Temenggong Ibrahim. Riuh rendah apabila lama tak berjumpa. Mazlina ada, Nora ada, Azza pun ada. Kami asyik bergambar.

“Dalam daerah Batu Pahat ni ada empat Parlimen. Alhamdulillah, lengkaplah keempat-empat bahagian ni kita dapat beraya,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Sebelum itu, Noraini juga berkunjung ke Pagoh untuk bersama kepimpinan bahagian termasuk Wanita melakukan marhaban bersama bersempena kesyukuran di penghujung Syawal.

“Saya dan rakan-rakan meneruskan Ziarah Raya kami ke rumah Ketua Wanita UMNO Bahagian Pagoh, Jamilah Abdul Hamid di Kampung Lenga Pagoh, Johor.

“Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed, Timbalan dan Naib Ketua UMNO Bahagian juga turut hadir serta bermarhaban bersama,” katanya.

Di kesempatan itu, Noraini turut sama meluahkan penghargaan atas kesudian mantan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pagoh juga yang pernah menjadi Ahli Dewan Negara, Datuk Noriah Mahat menerima kunjungan mereka.

“Dari rumah Jamilah, saya dan rakan-rakan terus ke Kampung Paya Panjang, Pagoh, Johor untuk beraya dan menziarahi Datuk Noriah Mahat.

“Terima kasih diucapkan yang turut hadir berziarah serta bermarhaban bersama-sama,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.