Pemukiman Penerangan UMNO Mampu Jadi Arah Tuju, Panduan Kepada Negeri Bakal Berhadapan PRN

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Pemukiman Penerangan UMNO yang berlangsung pada 19 sehingga 21 Mei lalu mampu untuk menjadi sebagai arah tuju dan panduan bagi negeri-negeri akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Setiausaha Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Hanafi Abdullah, 60, berkata perkara yang dipelajari sepanjang pemukinan ini sudah semestinya berpaksikan kepada matlamat untuk merampas semula negeri-negeri pernah dikuasai.

“Alhamdulilah sepanjang berada di sini kita mengikuti pelbagai sesi perbincangan bagi merancang pelan tindakan untuk berhadapan dengan PRN nanti.

“Sepanjang kita berbengkel, berbincang dan merancang, banyak perkara yang kita perlu laksanakan dan jadikan panduan dalam gerakan kita nanti.

“Pemukiman ini amat baik sekali dan boleh kita jadikan sebagai arah tuju dalam menghadapi PRN,” katanya kepada UMNO Online.

Mengulas lanjut, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada urus setia dan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pemukiman ini.

“Tidak lupa juga kepada pihak urus setia yang mengendalikan program ini sepanjang berada di sini. Begitu teratur dan tersusun daripada penginapan dan makanan.

“Ini antara yang terbaik dari segi susun atur jadual, modul, perbincangan, penginapan, makanan dan sebagainya,” katanya lagi.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pergerakan Pemuda Bahagian Pengerang, Fairos Hamdan, 37, berkata pemukiman ini amat baik kepada parti terutamanya dalam meningkatkan kemahiran komunikasi khususnya untuk mendekati anak muda.

“Untuk aktiviti dekat sini, saya rasa ianya amat bagus untuk Penerangan UMNO sendiri dan ahli-ahli bawah sebab sebelum ini kekalahan kita puncanya daripada kelemahan media. Sekarang ini kita perlu fokus untuk media sosial bagi mendekati anak muda.

“Kalau dari segi persekitaran dalam pemukiman ini makanan dan penginapan semua terbaik. Terima kasih kepada yang menyediakan makanan dan penginapan. Semuanya selesa untuk yang datang,” katanya lagi.

Pemukiman Penerangan UMNO Malaysia yang diadakan selama tiga hari di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), di Janda Baik berakhir pada 21 Mei lalu.

Diadakan bermula Jumaat, ianya disertai oleh pemimpin penerangan empat peringkat dikhususkan bagi enam negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN). – UMNO Online

Oleh: Nuralyaa Izzati Azman

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.