Pemuda UMNO Ikrar Pastikan Garis Sempadan Antara Parti Tidak Dilanggari

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berikrar untuk terus menjadi sayap parti yang berperanan dalam semak imbang kerjasama politik.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh memaklumkan ianya penting bagi menjamin konteks kerjasama parti itu dipatuhi.

“Dengan siapa pun kita bersama, tugas Pemuda UMNO adalah untuk memastikan garis sempadan sesama parti tidak dilanggari.

“…dan jika dilanggari sama ada secara sengaja ataupun tidak,kami tidak akan berkompromi untuk mempertahankannya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin berkata kerjasama tersebut merupakan transformasi kepada keadaan semasa politik negara yang menuntut perpaduan dalam kalangan parti-parti politik.

Jelas Dr Akmal, ini kerana politik adalah platform yang terbaik bagi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran negara terus dikecepi rakyat.

“Semua parti politik di dalam negara ini pernah duduk bersama kerana itulah dinamika politik yang berlaku.

“Parti politik adalah platform untuk membantu rakyat di bawah,bukan untuk menyusahkan lagi hidup mereka.

“Kini rakyat memerlukan pemimpin yang politiknya matang dan progresif tanpa meninggalkan prinsip perjuangannya demi agama, bangsa dan negara,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.