Berbaur Fitnah Dan Niat Jahat, Laporan Polis Dibuat Hina Pemimpin UMNO

KUALA LUMPUR, 23 Mei – UMNO Bahagian Pontian membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook ‘Kamarul Aripin Lamin’ yang menyebarkan kandungan berbaur fitnah dan berniat jahat.

Laporan polis yang dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian itu ekoran hantaran yang memaparan kandungan berbentuk penghinaan kepada Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung WarisPEKEMBAR Malaysia, Naseron Ismail turut sama meluahkan kekesalan dengan tindakan pengguna Facebook tersebut yang sengaja mencetuskan provokasi.

Naseron berkata pihaknya akan melakukan laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Khamis bagi siasatan selanjutnya dilakukan.

Beliau berkata pemilik akaun ‘Kamarul Aripin Lamin’ sengaja mengambil kesempatan ke atas laporan media yang diambil secara luar konteks.

“Kenyataan Ahmad Maslan telah diputar belit dengan sengaja, secara liar, bermotifkan politik dan diambil diluar konteks. Kami mendesak ‘Kamarul Aripin Lamin’ disiasat kerana menghasut dan menfitnah.

“Pada pandangan kami ini ada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) jadi sebab itu mereka berpolitik ke arah itu, hendak menang dengan cara menipu, fitnah.

“Saya semak dalam ‘Kamarul Aripin Lamin’ dia tidak begitu popular suma ianya diviralkan jadi ini yang menjadi masalah kerana kalau tular benda tidak betul jadi berita palsu,” katanya.

Beliau berkata perbuatan sebegini tidak boleh dibiarkan serta perlu diambil tindakan seterusnya bagi memberi pengajaran kepada individu terbabit.

“Ada yang kata akaun palsu tapi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh kenalpasti, itu sebabnya laporan polis ini penting.

“Kita hendak perjuangan politik biarlah dimurnikan, berdasarkan wacana intelektual bukan dengan cara kafir mengkafir kerana masalah kita pada masa kini lebih berat seperti ekonomi, harga barang, pelaburan, nilai ringgit. Ini yang perlu diambil perhatian.

“Tidak boleh sebegini, kena hentikan jadi kami bercadang hendak buat laporan polis dahulu tapi jika tiada respon kita akan saman,” ujar beliau.

Laporan polis turut sama dilakukan di Lahad Datu yang dilakukan pada hari ini. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.