UMNO Depani Realiti Dan Dinamik Politik Baharu Bersama Kerajaan Perpaduan – Sollehin

KUALA LUMPUR, 18 Mei – UMNO perlu berhadapan dengan realiti politik yang baharu kerana bukan ada parti yang dominan dalam negara dan ianya tidak sama seperti dahulu.

Namun begitu katanya, asas dan prinsip perjuangan UMNO tidak pernag berubah biarpun mendepani dinamik politik yang baharu apabila bekerjasama dengan parti politik Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan.

“Ideologi yang dihadapi sekarang ini cukup berbeza tetapi ini adalah satu peluang yang cukup baik untuk UMNO kembali menjadi sebuah parti yang lebih moderat.

“Peluang ini perlu digunakan bagi menunjukkan UMNO bukannya parti yang sangat rasis. Parti ini masih kekal dengan idealisme yang sama ketika kemerdekaan bukan sahaja memperjuangkan orang Melayu tetapi memastikan keadilan dan kebajikan kaum-kaum lain di dalam negara.

“UMNO terus mendukung perjuangannya biarpun bersama dalam Kerajaan Perpaduan, walaupun mempunyai jumlah kerusi yang tidak banyak tetapi harus melihat ke depan kerana ianya menjadi satu perlambangan yang ‘comfortable’ pada orang Melayu.”

Beliau menegaskan bahawa kebajikan orang Melayu dan kepentingan negara menjadi keutamaan.

“Sedikit sebanyak UMNO memainkan peranan yang cukup penting bagi memberi satu ‘comfort level’ pada orang Melayu bahawa nasib dan masa depan orang Melayu tetap terbela oleh parti ini,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama kata Sollehin, ramai yang beranggapan apabila UMNO menyertai Kerajaan Perpaduan sudah pasti akan mengandaikan prinsip-prinsip yang diperjuangkan selama ini.

“Ramai yang mengatakan UMNO menggadaikan prinsip parti… itu semuanya bohong dan tohmahan itu tak masuk akal.

“Sekiranya menggadai prinsip parti sudah tentu dari awal lagi UMNO tidak akan mempersoalkan tentang orang Melayu, perjuangkan sekolah-sekolah Melayu, berjuang tentang agama Islam dan sebagainya. Parti ini tidak pernah lari dari apa yang diperjuangkan selama ini.

“UMNO tidak pernah berubah walaupun berpuluh tahun dari segi ideologi, perjuangan asas parti dan gabungan Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini tidak sesekali pun menggadai prinsip parti,” tegasnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.