Kukuhkan Perpaduan Formula Asas UMNO, Terus Khidmat Rakyat

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Shahril Shamshunilani Mohd Shariff berharap ulang tahun UMNO ke-77 yang disambut Khamis lalu sebagai medan memperkukuh perpaduan dalam kalangan ahli parti.

Menurut beliau, ianya sebagai formula asas yang perlu diaplikasi bagi memastikan nilai perjuangan parti ini terus didukung.

“Formula asasnya mudah kita perlu bekerjasama, solidariti, kebersamaan dan sehati sejiwa dalam mengangkat martabat parti maruah perjuangan dan terus berkhidmat untuk bangsa dan tanah air tercinta,” katanya ketika dihubungi UMNO Online.

Shamshunilani yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kuala Kedah dalam pada itu turut sama mengajak sayap parti itu untuk meneruskan gerak kerja sebaiknya.

Jelas beliau, ianya penting bagi memastikan parti ini sentiasa relevan dan memperoleh kembali kepercayaan daripada rakyat.

“Harapan saya dan seluruh pendukung Puteri agar UMNO kekal relevan, kembali diyakini rakyat dan tetap evergreen,” ujar beliau. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.