Puteri UMNO Tuntut Kerajaan Lebih Tegas Hal Libatkan Sensitiviti Agama Rasmi

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menuntut Kementerian Dalam Negeri untuk lebih tegas dalam hal berkaitan Agama Islam yang melibatkan sensitiviti terhadap agama rasmi di Malaysia.

Ketua Penerangannya, Shamellya Norazizi berkata demikian berikutan kerajaan menarik balik rayuan di mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam.

Dalam hal ini tegasnya, Puteri UMNO menuntut agar sensitiviti sejagat dijaga.

“Puteri UMNO Malaysia menuntut KDN untuk menghormati titah Sultan Ibrahim untuk meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan kalimah Allah diguna pakai oleh orang bukan Islam serta menjaga sensitiviti sejagat untuk melahirkan suasan yang lebih harmoni,” katanya dalam kenyataan kepada UMNO Online hari ini.

Terdahulu dilaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.