Ahmad Zahid Ucap Selamat Hari Guru, Ilmu Dicurah Dijanjikan Ganjaran Pahala Tanpa Henti

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan penghargaan kepada guru-guru seluruh negara atas khidmat bakti mereka.

Katanya, ilmu yang diberikan kepada para pelajar merupakan suatu sangat bermakna dan dijanjikan ganjaran yang sebaiknya.

“Kepada semua warga pendidik “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani” semoga semua ilmu yang cikgu curahkan menjadi pahala yang mengalir tanpa henti.

“Terima kasih cikgu, selamat Hari Guru,” katanya menerusi satu hantaran video di Facebook.

Terdahulu kerajaan dijangka akan mengumumkan beberapa berita gembira sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, hari ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, pengumuman itu dijangka memberi semangat serta impak terhadap keseluruhan ekosistem pendidikan negara. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.