Terima Kasih Jayakan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Setiausaha Agung UMNO merangkap Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan bersama menjayakan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan kali pertama yang terlakar sebagai sejarah penting buat negara.

Katanya, dalam kiraan penganjur, lebih 12 ribu hadir sejak dari pagi menyertai Konvensyen Wanita dan Pemuda Perpaduan. Konvensyen yang menghimpunkan 19 parti-parti membentuk kerajaan perpaduan.

“Alhamdulillah selesai sudah Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 yang berlangsung di World Trade Centre (WTC), KL.

“…ini turut menyaksikan penyokong dan pendukung yang hadir memenuhi segenap ruang di WTC, KL,” katanya dalam hantaran melalui laman Facebooknya.

Apa yang penting kata beliau, seluruh parti yang mewakili kepelbagaian agama, kaum dan wilayah menyatakan komitmen dan iltizam untuk terus bersama bagi menjayakan agenda membantu rakyat dan memastikan kesejahteraan negara dapat diperkasakan.

“Semoga kemajmukan, keharmonian kaum, bangsa dan agama dalam kerajaan perpaduan ini akan terus subur di negara tercinta ini, sekaligus memacu ekonomi negara dengan lebih pesat bagi memgembalikan kegemilangan negara sebagaimana satu ketika dahulu,” katanya lagi.

Terdahulu Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan membuka tirainya menerusi Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Perpaduan, yang diadakan secara serentak pagi tadi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.