Ahmad Zahid Hadiri Rumah Terbuka Malaysia Madani Dekati Rakyat Selangor

GOMBAK, 14 Mei – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Perpaduan bersama rakyat diteruskan ke Negeri Selangor pada malam ini.

Berlangsung di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Sri Gombak, Batu Caves di sini, majlis dihadiri Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam meraikan majlis tersebut dan turut mendekati rakyat yang hadir.

Terdahulu Majlis Rumah Terbuka Kerajaan Perpaduan ini telah diadakan di negeri Kedah pada 29 April, Pulau Pinang (6 Mei), Negeri Sembilan (7 Mei), Kelantan (12 Mei) dan Terangganu (13 Mei).

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran kepimpinan tertinggi negara iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari dan menteri kabinet yang lain.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan barisan kepimpinan UMNO negeri.

Majlis sambutan hari raya ini dikunjungi oleh lebih 10,000 tetamu yang rata-ratanya teruja untuk bertemu para kepimpinan Kerajaan Perpaduan.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani itu turut diraikan pelbagai kaum tanpa mengira latarbelakang dan fahaman politik mencerminkan perpaduan antara satu sama lain.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.