Ahli UMNO Kekal Dan Setia Dengan Parti – Azalina

PENGERANG, 14 Mei – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Seri Azalina Othman Said berkata walaupun UMNO mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 dan 15, namun perjuangan akar umbi ini kekal dan setia dengan keputusan pihak kepimpinan tertinggi parti.

Ini kerana katanya, akar umbi UMNO yang kekal ini menghayati sejarah perjuangan parti itu seterusnya menyesuaikan diri dengan perubahan semasa serta akur dengan keputusan parti.

“Itu sudah terbukti semasa UMNO mengalami kekalahan pada PRU14. Masa PRU15 melihat ramai akar umbi UMNO yang kekal dan setia pada perjuangan, tetapi bagi yang tidak kekal dan tidak puas hati dengan keputusan pucuk pimpinan tertinggi UMNO mereka meninggalkan parti ini.

“Saya tengok isu yang UMNO kekal itu lebih banyakl dari yang tidak kekal. Itulah semangat roh perjuangan yang dibawa oleh pejuang-pejuang UMNO ditiupkan pada pejuang-pejuang baharu dalam UMNO,” katanya kepada UMNO Online.

Dalam masa yang sama Ketua UMNO Bahagian Pengerang itu mengharapkan meskipun landskap politik negara berubah iaitu parti perlu menjalinkan kerjasama denngan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk Kerajaan Perpaduan tetapi yang utama menjadi rakan kongsi dalam kerajaan.

“UMNO perlu kena terima hakikat bahawa parti ini bukan kerajaan yang majoriti dalam Kerajaan Perpaduan akan tetapi ianya dapat mengeratkan fungsi dan parti ini kena belajar untuk menjadi rakan kongsi dan bukan menjadi pemain utama seperti dahulu.

“Dalam mempelajari perkara ini UMNO perlu bersifat fleksibel dan bukan sahaja dalam falsafah UMNO tapi dalam pelaksanaan, kombinasi antara falsafah perjuangan dan juga kepada penghubung dengan rakan kongsi yang baharu tetapi lebih penting tidak lari daripada apa yang dinyatakan dalam perlembagaan UMNO.”

Terdahulu ulang tahun UMNO telah disambut sederhana Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Presdien UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis.

Kemudian, UMNO bersama-sama anggota kepimpinan Barisan Nasional akan menjayakan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan dengan dihadiri sekitar 10,000 anggota dari parti-parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.