Usia UMNO 77 Tahun, Perjuangan Belum Berakhir … Masih Jauh Dari Selesai

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Bersempena ulang tahun UMNO ke-77, Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Mohd Nazifuddin Najib memaklumkan perjuangan parti tidak pernah berakhir meskipun dilihat tidak sekuat seperti dahulu.

Katanya, ini kerana asas perjuangannya dalam membela nasib rakyat tidak pernah terpadam di sebalik pelbagai cabaran dihadapi.

“Ya, hari ini kita tidaklah sekuat semalam tetapi ia tidak bermakna perjuangan kita sudah berakhir. Setiap hari saya melihat rakyat Malaysia bergelut, berjuang untuk hari esok agar ianya lebih baik. Perjuangan belum berakhir dan masih jauh dari selesai.

“Saya meletakkan harapan yang cukup tinggi untuk UMNO dapat mencari idea serta  wawasan yang lebih segar. Bergandingan dengan generasi alaf baru yang boleh kita bawa masuk menjadi ahli untuk berjuang bersama sama untuk pilihan raya yang bakal tiba.

“Memberi penjelasan pada mereka akan hala tuju yang lebih jelas serta lebih berdaya saing dalam mengharmonikan demokrasi tanpa menjejaskan konsep UMNO yang sekian lama menjadi benteng perjuangan parti,” katanya pada UMNO Online.

Beliau yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia dalam pada itu juga berkata wajar untuk setiap daripada ahli UMNO untuk mencari kekuatan diri dan digabungkan bersama rakan-rakan dalam parti.

Menurut beliau, ianya penting sebagai strategi yang boleh diguna pakai bagi meneruskan perjuangan parti seperti mana dilaungkan selama ini.

“Ditambah lagi dengan kehadiran muka muka pemimpin yang baru, adalah jauh lebih mudah untuk kita semua mantapkan kekuatan dalam melangkah kehadapan, membawa panji panji perjuangan dan membina kembali negara yang kita cintai ini

“Ditambah lagi dengan kehadiran pemimpin yang baru, adalah jauh lebih mudah untuk kita semua mantapkan kekuatan dalam melangkah kehadapan, membawa panji perjuangan dan membina kembali negara yang kita cintai ini,” ujar beliau. – UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.